Dapur

Guna 1 Bahan Sahaja Boleh Elakkan Kutu Beras, 2 Tahun Pun Elok Lagi!

24
SHARES
CARA SIMPAN BERAS

Cara simpan beras di rumah memainkan peranan penting kerana jika salah cara penyimpanan ia akan menyebabkan kutu atau hama berkumpul di dalam beras tersebut.

Selain itu, teknik ini juga berguna ketika kecemasan atau bencana alam seperti banjir. Menurut perkongsian Sha, cara ini boleh bertahan selama dua tahun. Wah, memang berbaloi!

Baca juga: Tak Sangka 7 Bahan Makanan Ini Ada Banyak Kegunaan, Boleh Cuci Peralatan Rumah!

CARA SIMPAN BERAS SELAMA SETAHUN TANPA KUTU BERAS MASUK, WOW

CARA SIMPAN BERAS

Bahan diperlukan: 

Tempoh penyimpanan: 1 tahun hingga 2 tahun.

Cara penyediaan:

1. Masukkan beras secara berperingkat. Ini bermakna, lapisan pertama masukkan beras separuh bekas dan 3 hingga 4 potongan kecil bawang putih.

2. Lapisan kedua, masukkan beras sehingga penuh bekas dan 2 potongan kecil bawang putih.

CARA SIMPAN BERAS

3. Pastikan isi beras sehingga penuh. Kalau goncang masih ada bunyi, maknanya tak cukup penuh.

Jangan lupa labelkan di bahagian penutup tarikh dan waktu menyimpan.

Pemilihan bawang putih ini memang berguna dan menjadi. Sudah hampir dua tahun menggunakan kaedah ini, beras masih lagi cantik dan tak ada langsung kutu beras masuk dalam tong.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kerap Sakit Lutut & Kebas Kaki Tangan, Minum Air Rebusan Buang Angin Ini, Cepat Lega!

Sumber: Facebook Sha Ramson Abdullah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×