Dapur

Kerap Sakit Lutut & Kebas Kaki Tangan, Minum Air Rebusan Buang Angin Ini, Cepat Lega!

33
SHARES
AIR REBUSAN BUANG ANGIN

Bila perut masuk angin, memang tak selesa dibuatnya. Seharian terbaring sahaja menahan kesakitan sehingga tidak dapat membuat sebarang kerja lain.

Pelbagai ubat sudah dimakan namun tetap juga tidak berjaya untuk melegakan. Apa kata cuba petua orang lama dengan menggunakan air rebusan buang angin seperti yang dikongsi oleh Azimah Hamidi.

Baca juga: Kalau Pesakit Asma, Gout & Anemia Nak Makan Daging, Kena Ikut Tips Ini

AIR REBUSAN BUANG ANGIN INI MEMANG MUJARAB, LEGA SATU BADAN!

Air rebusan untuk buang angin, sesuai untuk melegakan sakit badan, sakit lutut, kebas kaki dan tangan.

AIR REBUSAN BUANG ANGIN

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar halba
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • Daun pandan
  • 3 cawan air
  • 2 sudu kecil gula perang/gula batu/madu

*Jika tidak mahu letak gula lebih baik.

Cara penyediaan:

1. Ketuk atau hiris serai dan halia, masukkan semua bahan kedalam periuk panaskan hingga mendidih kemudian masukkan gula.

2. Minum pagi dan malam, boleh simpan di dalam peti sejuk. Panaskan sebelum minum.

Selamat mencuba! Memang lega badan selepas minum air ini.

Baca juga: Boleh Tahan Selama 3 Bulan, Ini Tips Simpan Rendang Supaya Tahan Lama

Sumber: Facebook Azimah Hamidi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×