Sihat

Minum Kopi Dapat Elak Sakit Badan & Keradangan Otot Rupanya, Ini Caranya…

314
SHARES

Kopi bukan sahaja sedap tetapi mempunyai khasiat dan kebaikan yang ramai tak tahu. Khasiat kopi dapat diperoleh sekiranya anda memilih kopi tanpa gula sebagai minum harian.

Seperti perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya, minum kopi dapat mengelakkan sakit badan dan melegakan keradangan otot. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Ini 4 Amalan Rawatan Alternatif Untuk Legakan Sakit Tekak & Batuk, Mujarab!

MINUM KOPI DAPAT ELAK SAKIT BADAN & KERADANGAN OTOT RUPANYA

kopi

Minum kopi dapat elak sakit badan dan otot? Kajian menunjukkan meminum kopi sebelum atau selepas bersenam atau bekerja boleh membantu kurangkan sakit otot.

Ini kerana kafein yang terdapat dalam kopi dapat menyekat reseptor untuk adenosin. Adenosin ialah bahan kimia yang dilepaskan selepas kecederaan.

Kajian pada 2013 terhadap 9 lelaki menunjukkan meminum kopi 1 jam sebelum senaman dapat kurangkan sakit otot dengan ketara selepas bersenam.

Selain itu, kajian pada 2019 juga mendapati meminum kopi pada 24 dan 48 jam dapat kurangkan rasa sakit pada lelaki dan wanita. Menariknya, lelaki mengalami pengurangan sakit yang lebih ketara selepas minum kopi berbanding wanita.

Kopi seeloknya diambil tanpa susu dan diambil bersama madu atau sedikit gula. Ini kerana penambahan susu akan mengikat khasiat kopi.

Merebus biji kopi akan tingkatkan bahan kahweol dan cafestol. Walaupun bahan-bahan ini dilaporkan boleh bertindak sebagai antioksidan, anti-radang dan elakkan elak kanser, bahan-bahan ini dapat memerangkap dan seterusnya menaikkan kolesterol dalam darah.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×