Memang pening kepala dibuatnya bila batuk dan sakit tekak menyerang. Pelbagai ubat sudah dimakan tetapi tetap juga tidak dapat melegakan. Jangan risau. Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik. Gunakanlah 4 rawatan alternatif yang telah terbukti berkesan seperti di bawah. Moga bermanfaat.
Baca juga: Pisang Mentah Rebus Sesuai Untuk Pesakit Diabetis & Boleh Kurus
INI 4 AMALAN RAWATAN ALTERNATIF LEGAKAN SAKIT TEKAK & BATUK
Ramai yang alami batuk dan sakit tekak selepas penat berkempen dan berhujah menganalisa situasi politik tanah air. Berikut merupakan antara alternatif boleh dicuba:
1 . MADU
Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.
2. AIR GARAM
Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati jangan tertelan pula
3. MINUM TEH
Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk
4. PELEMBAB UDARA
Selain itu, jika ada humidifier atau pelembab udara boleh gunakan untuk melembabkan persekitaran. Minum banyak, jangan merokok dan pastikan cukup tidur untuk menguatkan ketahahanan tubuh.
Jika berpanjangan dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia