Sihat

Pisang Mentah Rebus Sesuai Untuk Pesakit Diabetis & Boleh Kurus

148
SHARES

Tahukah anda pisang mentah hijau direbus boleh membantu mengawal gula dalam darah dan sesuai diamalkan untuk mereka yang sedang diet.

Perkara ini dikongsi oleh Dr Suri Roowi di laman Facebooknya dan menjelaskan pisang mentah mengandungi 80% kanji yang mampu membuatkan anda kenyang lebih lama.

Baca juga: Kalau Buat Jus Buah, Elak Letak Gula & Buang Kulit. Baru Lebih Khasiat!

PISANG MENTAH REBUS SESUAI UNTUK PESAKIT DIABETIS & BOLEH KURUS

Pisang mentah (hijau) yang direbus mengandungi kanji rintang (70-80%). Ia juga bagus untuk sesiapa yang nak berhasrat untuk diet atau kurus. Sedap kalau dimakan bersama kelapa parut.

Kanji dalam pisang rebus ini tidak dicerna dan bertindak seperti serat. Ia boleh membantu kawal gula dalam darah dan membuatkan kita rasa kenyang.

Pisang mentah yang direbus mempunyai indeks glisemik (GI) =30 berbanding pisang masak = 60. Justeru ia sesuai untuk pesakit diabetis.

Bahan dalam pisang mentah rebus tingkatkan lendir dalam saluran penghadaman yang boleh bantu cegah ulser. Pisang rebus juga melindungi sistem penghadaman dengan kurangkan asid perut.

Walau bagaimanapun, memakan pisang mentah (hijau) yang direbus pada kuantiti tinggi boleh menyebabkan kembung perut. Jadi, makanlah pisang mentah hijau dalam kuantiti yang sesuai dan tidak berlebihan. Segera dapatkan rawatan sekiranya kembung perut.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×