Sihat

Kalau Buat Jus Buah, Elak Letak Gula & Buang Kulit. Baru Lebih Khasiat!

6
SHARES

Jus buah sudah tentunya menjadi pilihan ramai dan ramai beranggapan jus buah lebih bagus berbanding buah. Walau bagaimanapun, jus buah biasanya pasti akan dicampur gula dan membuatkan gula dalam darah meningkat.

Jadi, seperti perkongsian di Facebook milik Public Health Malaysia, anda dinasihatkan untuk membuat jus buah tanpa menambah gula dan membuang kulit. Sebenarnya, makan buah lebih baik daripada minum jus buah. Wah!

Baca juga: Kalau Anak Tak Sihat, Jangan Bagi 3 Benda Ini. Boleh Tambah Kahak Rupanya…

KALAU BUAT BUAH JUS BUAH, ELAK LETAK GULA & BUANG KULIT

Adakah minum jus buah anda dapat manfaat yang sama dengan makan sebiji buah yang sama? Apabila anda makan buah (bersama kulit), serat yang terkandung dalam buah memperlahankan proses penghadaman dan penyerapan gula ke dalam darah.

Kulit buah paling kaya dengan serat dan flavonoids . Sari buah (yang berserat) paling kaya dengan vitaman dan mineral. Inilah bahan bahan penting dalam buah.

Jus buah pula menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat mendadak. Hormon insulin akan dirembeskan dengan banyak, menyebabkan penghasilan lemak dan peningkatan berat badan.

Namun sudah tentu, jus buah (tanpa gula) lebih baik dari minuman tinggi gula lain. Pastikan pengambilan tidak lebih 1 gelas setiap hari, dan kalau boleh tidak perlu buang kulit dan sari buah.

Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×