Dapur

Boleh Tahan Selama 3 Bulan, Ini Tips Simpan Rendang Supaya Tahan Lama

41
SHARES

“Alamak dah basi! Macam mana nak bagi rendang tahan lama ni..”

Tak lengkap rasanya sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa menyediakan rendang untuk dipadankan bersama lemang atau nasi impit. Malangnya, kadangkala rendang tersebut cepat basi walaupun sudah dipanaskan berulang kali.

Nak masak rendang bukan senang. sayang kalau cepat basi atau rosak. Jadi, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, berikut adalah tips untuk pastikan rendang tahan lama sehingga 3 bulan!

Baca juga: Tak Sangka 7 Bahan Makanan Ini Ada Banyak Kegunaan, Boleh Cuci Peralatan Rumah!

NAK RENDANG TAHAN LAMA? INI CARANYA

rendang tahan lama

1. Masak sehingga kering untuk menyingkirkan air. Kelembapan adalah punca utama pertumbuhan bakteria.

2. Selepas masak sehingga kering, masukkan di dalam bekas-bekas kecil dan masuk ke dalam peti sejuk.

3. Hidang dalam kuantiti sedikit. Jangan hidang dalam bekas besar dan ceduk daripada bekas tersebut.

4. Makanan selamat jika disimpan dalam suhu bilik maksimum selama 4 jam. Selepas dari tempoh itu, bakteria dalam makanan akan menjadi aktif.

5. Panaskan dalam kuali dengan api perlahan dan pastikan pemanasan sekata. Jika disimpan dalam peti sejuk beku, nyahbekukan dalam ketuhar gelombang mikro atau suhu bilik sebelum dihangatkan.

rendang tahan lama

6. Pemanasan semula perlu dilakukan dalam masa dua jam selepas makanan dikeluarkan dari peti sejuk beku.

7. Simpan dalam peti sejuk boleh tahan selama 3 hari. Simpan dalam peti beku boleh tahan selama 3 bulan.

Tips di atas bukan sahaja untuk mencegah daripada rendang cepat rosak tetapi untuk mencegah keracunan makanan juga.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Menguap & Mengantuk Sepanjang Hari? Ambil 7 Makanan Ini, Confirm Celik Mata Terus!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×