Sihat

Menguap & Mengantuk Sepanjang Hari? Ambil 7 Makanan Ini, Confirm Celik Mata Terus!

2
SHARES
MAKANAN ANTI MENGANTUK 

Tidur yang cukup dan berkualiti penting untuk tubuh badan supaya sentiasa bertenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Kata orang kalau nak hilang mengantuk, kena minum kopi. Tapi sebenarnya selain kopi ada beberapa makanan anti mengantuk anda kena tahu.

Kalau amalkan, confirm terus celik mata dan kekal aktif  melakukan kerja harian. Nak tahu apa? Kena baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Bukan Hanya Boleh Merawat Masalah Kencing Manis, Ini 7 Khasiat Labu Air Anda Kena Tahu

7 MAKANAN ANTI MENGANTUK, TERUS CELIK MATA

MAKANAN ANTI MENGANTUK 

1. TELUR

Sebiji telur mengandungi protein dan lemak yang sihat menjadikan anda kenyang dan tenaga berterusan sepanjang hari. Telur adalah sumber hebat untuk pelbagai vitamin dan mineral, termasuk zat besi, kolin, vitamin D, dan vitamin B-12.

Kuning telur adalah bahagian paling berkhasiat kerana mengandungi vitamin dan mineral telur. Kajian mendapati bahawa telur tidak menyebabkan kolesterol dalam darah meningkat.

2. AVOKADO 

Avocado kaya dengan vitamin, mineral, dan lemak sihat memberikan tenaga kepada badan yang akan bertahan selama berjam-jam.

Jadi, setiap pagi boleh amalkan makan buah avokado atau tambah ke dalam smoothie untuk dapatkan minuman lazat berkrim dan kekal bertenaga sepanjang hari.

3. TEMBIKAI

Buah ini mengandungi 90 peratus air, membekalkan pelbagai vitamin, mineral, anti oksidanm asid amino L-citrulline, yang boleh membantu mengurangkan kesakitan otot.

Untuk mengelakkan mengantuk di tempat kerja, mulakan hari anda dengan semangkuk tembikai.

4. KURMA 

Selain rasa manis yang menakjubkan, kurma mudah dihadam oleh badan dan memberikan rangsangan tenaga segera kerana kandungan kalsium, fosforus, kalium, magnesium, zink, dan besi yang tinggi.

Amalkan kurma setiap hari sebelum memulakan aktiviti atau tambah ke dalam smoothie untuk rasa manis. Memang sedap!

MAKANAN ANTI MENGANTUK 

5. DARK CHOCOLATE

Kajian oleh British Medical Journal menjelaskan bahawa dark chocolate boleh membantu sistem penghadaman, meningkatkan fungsi otak dan juga memainkan peranan dalam perkembangan otak.

Sekiranya anda mengantuk, pasti tenaga berkurangan kan? Jadi, dark chocolate boleh membantu menghilangkan rasa mengantuk kerana mengandungi theobromine.

6. BADAM

Badam mengandungi protein serat dan lemak sihat tak tepu yang baik untuk kesihatan. Makan segenggam badam sebagai snek akan memberi anda lebih tenaga untuk melawan rasa mengantuk.

7. STRAWBERI 

Strawberi bukan sahaja mengandungi vitamin C malah ia juga kaya dengan serat yang boleh membuatkan rasa kenyang dan mengelakkan anda mengantuk.

Sekiranya sebelum ini anda rasa mengantuk setiap pagi, cuba tambahkan senarai makanan di atas untuk melawan keletihan. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bukan Setakat Sedap & Manis, Buah Mata Kucing Rupanya Banyak Khasiat Untuk Tubuh Badan

Sumber: Healthline 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×