Sihat

Betul Ke Telur Rebus Separuh Masak Boleh Legakan Sakit Otot & Demam?

707
SHARES

Seperti mana kita tahu, orang tua-tua dahulu akan memberi telur rebus separuh masak untuk menyembuhkan demam dan melegakan sakit otot. Walau bagaimanapun, masih ada juga segelintir golongan muda yang kurang percaya bahawa telur rebus separuh masak boleh membantu menyembuhkan demam. Ikuti penjelasan lanjut oleh Dr Suri Roowi di bawah.

Baca juga: Ini Cara Pilih Telur & Rupanya Tak Boleh Letak Telur Dekat Pintu Peti Ais

BETUL KE TELUR REBUS SEPARUH MASAK BOLEH LEGAKAN SAKIT OTOT & DEMAM?

telur rebus separuh masak

Telur padat dengan protein yang mempunyai kebolehserapan tinggi. Telur juga membantu merangsang pemulihan otot. Kajian tahun 2017 ke atas mendapati 10 lelaki menunjukkan pengambilan keseluruhan telur (putih dan kuning) membantu pertumbuhan otot.

Ini kerana kuning telur penuh dengan vitamin, mineral dan asid lemak. Contohnya vitamin A, selenium, zink dan asid lemak palmitat yang boleh meningkatkan perkembangan otot.

Mengambil telur separuh masak semasa sarapan adalah popular di kalangan rakyat Malaysia. Tapi soalnya, jenis telur yang manakah baik untuk atasi masalah otot? Telur rebus (masak penuh), separuh masak atau telur mentah?

TELUR REBUS ATAU TELUR MENTAH LEBIH ELOK?

Kajian tentang khasiat telur rebus (masak penuh), separuh masak dan telur mentah telah dilakukan di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasil kajian mendapati hampir ke semua jenis asid amino (‘non-essential’ dan ‘essential amino acid’) meningkat dengan ketara dalam telur rebus (separuh masak) berbanding telur rebus (masak penuh) dan telur mentah.

Telur rebus (separuh masak) juga mudah dicerna (81.5 %) diikuti dengan telur rebus (masak penuh) (76.2%). Telur mentah pula mempunyai nilai kebolehcernaan yang paling rendah pada 70.0%.

Jadi betul lah amalan orang-orang tua kita dulu-dulu. Jika anak-anak mereka tidak sihat seperti demam dan sakit badan, mereka akan sajikan telur rebus (separuh masak). Moga info ini bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×