Bubuk beras atau kutu beras ialah serangga perosak yang sering kelihatan apabila anda menyimpan beras dalam satu tempoh yang lama. Kebanyakan orang apabila melihat keadaan beras yang berubah usang, akan terus membuangnya.
Sebenarnya, terdapat kaedah yang boleh anda pelajari dan manfaatkan di waktu genting untuk memastikan beras berada dalam keadaan elok biarpun ia disimpan lama. Selain itu, terdapat juga petua mematikan bubuk beras seperti perkongsian ilmu oleh puan Nor Jannah di bawah.
Baca juga: Individu Dedah 44 Jenis Ulam Yang Sesuai Buat NASI ULAM KEDAH, Wow Banyaknya Patutlah Sedap!
BUBUK BERAS CARA MEMATIKAN & SIMPAN DALAM BOTOL
Maklong cadang nak ‘prepping’ beraslah. Kebetulan, stok beras maklong dah habis dalam botol ini.
Sebenarnya, maklong tidaklah prep semua beras. Nak buat sebotol dua sahaja, yang lain nak guna. Kebetulan, beras di rumah pun dah nak habis.
Bagi mematikan bubuk ini, ada yang jemur beras. Macam itu pun boleh juga. Tapi kan, maklong ini ada bela ayam nanti bersuka-ria ayam maklong seharian kalau jemur di luar.
Baca juga: Idea ‘Hipster’ Buat Onde-Onde Versi Coklat, Bila Ngap Terus Cair Di Mulut!
Cara menyimpan beras dalam botol dan matikan bubuk
Jadi, maklong ambil sekampit beras dan masukkan dalam ‘freezer’ (peti sejuk beku) untuk matikan bubuk. Biasanya, 3 hari maklong letak dalam ‘freezer’.
Lepas 3 hari dalam ‘freezer’. Baru maklong letak di suhu bilik untuk keringkan beras. Kemudian, barulah masukkan dalam botol.
Masukkan beras sambil hentak manja botol itu untuk padatkan beras. Jangan hentak kuat sangat, nanti jiran ingat tengah bergaduh laki bini.
Di celah beras itu letaklah cili kering atau OA (oxsigen absorber). Kena padat sungguh, buatlah sampai penuh. Insha Allah, dapat elakkan bubuk masuk.
Baca juga: Tips Buat Hidangan Nasi Ayam ‘Terlajak’ Sedap, Walau Pun Bahan Tak Lengkap!
Beras botol dari tahun 2021 masih elok dalam penyimpanan
Alhamdulillah, setakat ini ada sebotol masih elok beras yang maklong simpan dari tahun 2021. Sebenarnya, cara penyimpanan sebegini cukuplah kita ambil tahu dan menimba ilmu walaupun kita tak mahu buat atau belum bersedia untuk buat lagi.
Sekurang-kurangnya, bila mana kita perlu buat. Kita sudah tahu caranya.
Baca juga: Resipi Bancuhan Roti Sardin Gulung Goreng Tepung, Nak Betul-Betul Rangup Buat Tips Ini!
Sumber: Nor Jannah
FT Image: Nor Jannah