DIY & Kraf

Jangan Risau Kalau Ada Masalah Krisis Makanan Mengejut, Simpan Stok Macam Wanita Ini Buat

28
SHARES
KRISIS MAKANAN

Bagi mengelakkan masalah ketika berlaku krisis makanan, anda dinasihatkan untuk menyimpan stok untuk kegunaan masa akan datang.

Seperti yang dilakukan oleh pengguna Facebook bernama Ika ini, beliau memilih untuk menyimpan beras, air, tepung dan lain-lain.

Baca juga: Panduan Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Buat Kuih & Kek, Tak Pening Kepala Dah

TAKUT KRISIS MAKANAN BERLAKU? INI CARA SIMPAN STOK

KRISIS MAKANAN

1. Beras 

Untuk beras, untuk permulaan pastikan ada 10-30kg stok beras untuk simpanan. Stok beras ikut kapasiti rumah masing-masing.
Contoh kira macam ni:

2 orang – beras 5kg x 3bulan = 15kg
5 orang – beras 10kg x 3bulan = 30kg
7 orang – beras 15kg x 3bulan = 45kg

Macam mana nak simpan? Ada 3 pilihan:

Vacuum seal

5kg beras, saya vacuum seal pack secara kecil berat 500gram untuk sekali makan sahaja. Jadi saya ada 10 pack kecil beras yang boleh sumbat dalam beg BOB.

Packing dengan plastik grain pro

Baki beras saya masukkan dalam plastik grain pro ini dan ikat guna cable tight.

Masukkan dalam botol plastik

Kalau rumah ada banyak botol air mineral, botol besar ke kecil atau bekas minyak masak ke, boleh juga guna. Basuh bersih-bersih dan pastikan botol kering sepenuhnya.

Untuk beras pula, tampi-tampi dulu supaya bubuk beras dapat dikeluarkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.

2. Air

Air paling mudah nak prep dan simpan. Ada 2 cara juga:

Air untuk minuman saya beli 50 karton air mineral. Kalau nak beli lebih pun boleh. Untuk kegunaan lain, boleh isi air di dalam tong biru.

3. Tepung, gula dan garam

Untuk 3 bahan ini, boleh packing 10kg untuk 1 pack.

Tepung- 10kg = 10pack
Gula – 10kg = 5pack/10pack
Garam – 3kg = 6/8pack

Masukkan tepung dalam vacuum seal dan susun elok-elok dalam kotak. Jangan lupa label ya.

Untuk garam dan gula, boleh masukkan dalam plastik kecil dan ikat.

Jangan lupa simpan semua bahan makanan yang penting untuk kegunaan kecemasan.

Baca juga: Guna 1 Bahan Sahaja Boleh Elakkan Kutu Beras, 2 Tahun Pun Elok Lagi!

Sumber: Facebook Ikaa FK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×