Ginger shot atau air halia elok diamalkan setiap hari seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Rose. Menurutnya, air ini bukan sahaja mampu mengurangkan jerawat di muka tetapi membantu menjaga kesihatan luar dan juga dalaman.
Kalau beli di kedai, agak mahal sedikit harganya. Jadi, buat sahaja di rumah dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Jom cuba!
Baca juga: WAH! Tak Sampai Sebulan Confirm Seluar Londeh, Rupanya Sebab Minum Air Jus Ini
CARA BUAT AIR GINGER SHOT SENDIRI DI RUMAH, ELOK AMALKAN
1 jar macam ini boleh minum selama 7 hari berturut-turut. Saya campur madu sedikit supaya tak pahit sangat. Sedap diminum suam atau sejuk . Simple dan sangat mudah dibuat.
Bahan-bahan:
- Halia
- Kunyit
- Madu
- Asam jawa
- Sedikit air
- Madu – pilihan
*Bahan di atas tidak perlu dimasak dahulu.
Cara penyediaan:
1. Cuci bersih bahan di atas.
2. Kemudian kisar sehingga lumat. Sekiranya terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air.
Sedia untuk diminum. Boleh simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti ais. Bila nak minum boleh ambil sedikit.
Antara manfaat air halia ini adalah:
– Membantu masalah pencernaan
– Mengurangkan kesakitan
– Meningkatkan sistem imunisasi badan
– Mengurangkan jerawat
– Buang angin dalam badan
– Melancarkan haid
– Menjaga dalaman
– Mengurangkan bacaan gula dalam darah
– Membantu menurunkan berat badan
– Mengurangkan kolesterol
– Melegakan rasa loya
– Bersifat sebagai anti kanser
– Melindungi dan melawan penyakit kronik
Bolehlah cuba hari ini. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ibu Kongsi Cara Ikhtiar Anak Asma Guna Telur Ayam Kampung & Madu, Cubalah!
Sumber: Facebook Rose Baring & Cleveland Clinic