Dapur

Tak Takut Minyak Meletup & Tetap Garing, Ini Cara Goreng Ikan Keli Guna Air Fryer

256
SHARES
IKAN KELI GORENG

Setiap kali nak masak ikan keli goreng, mesti ‘bersilat’ dekat dapur kerana takut terkena percikan minyak yang meletup-letup. Sebenarnya, anda boleh goreng ikan keli menggunakan air fryer seperti pengguna Facebook bernama Eniza M.Salim lakukan ini.

Cara tersebut lebih mudah dan sudah tentunya jimat kerana tidak menggunakan minyak masak terlalu banyak. Walaupun guna air fryer tapi hasilnya sama macam goreng dalam minyak. Tak sangka!

Baca juga: Resepi Apam Lenggang Lemak Manis & Rangup, Sama Macam Jual Dekat Pasar Malam!

IKAN KELI GORENG GUNA AIR FRYER, LEBIH SEDAP!

IKAN KELI GORENG

Bahan diperlukan:

Cara-caranya adalah:

1. Cuci bersih ikan keli.

2. Lumur dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam tepung jagung dan dua sudu minyak.

3. Gaul sehingga sebati dan masukkan ke dalam air fryer bakar menggunakan suhu 180°C selama 15 minit.

4. Kemudian tebalikkan dan sambung bakar pada suhu yang sama selama 10 minit pula.

Hasilnya, bahagian luar ikan keli akan garing dan isi dalam lembut.

Mudah kan? Sekali sekala tukar gaya goreng ikan guna air fryer apa salahnya.

Sekiranya anda ingin mengoreng menggunakan minyak, antara petua untuk elak meletup adalah dengan memasukkan asam keping ke dalam minyak panas. Cubalah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rahsia Buat Churros Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Sampai Malam, Rugi Tak Cuba!

Sumber: Facebook Eniza M.Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×