Dapur

Selama Ni Dah Salah Cara Guna Air Fryer Rupanya, Patut Cepat Rosak!

8
SHARES
CARA GUNA AIR FRYER

Cara guna air fryer perlulah betul supaya tidak cepat rosak. Rata-rata masih tidak tahu lagi penggunaan sepatutnya kerana tidak membaca panduan yang diberikan.

Jadi, bagi anda yang baru ada air fryer, ini cara guna yang betul. Pastikan tidak melakukan 10 perkara ini kalau nak tahan lama. Jom baca!

Baca juga: Kuah Laksa Tahan Lebih Lama Kalau Guna 12 Petua Ini, Baru Tak Membazir!

CARA GUNA AIR FRYER UNTUK YANG BARU BELI

CARA GUNA AIR FRYER

1. Pastikan air fryer berada 15cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling. Air fryer boleh cair jika berlaku patulan haba.

2. Timer dilarang undur kerana akan mudah rosak. Jangan la tutup suis semasa tengah memasak. Elakkan paksa timer kembali ke minit 0.

3. Jangan masukkan bahan ringan yang mudah terbang dalam air fryer kerana ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas.

4. Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas.

5. Elakkan air di dalam air fryer. Masak maggi tak sesuai guna air fryer.

6. Pastikan loyang tidak menutup terus tapak air fryer bahagian bawah. Ini boleh menyebabkan haba tidak dapat berputar dengan lancar. Makanan akan masak di bahagian atas sahaja.

7. Kuantiti makanan yang dimasak mempengaruhi penggunaan suhu dan masa.

8. Saiz air fryer juga memainkan peranan.

9. Boleh lap pemanas yang berlingkar macam ubat nyamuk tu dengan tisu basah. Kalau ada kotoran, jangan siram air. Pastikan air fryer tidak digunakan dalam tempoh tertentu sebelum dan selepas lap.

10. Makanan beku boleh guna air fryer terus asalkan tak bercantum antara satu sama lain.

Air fryer untuk memudahkan bukan menyusahkan. Jadi, gunalah dengan betul seperti yang disarankan.

Kredit foto: Gadget Features

Baca juga: Makan Budu Boleh Jadi BIJAK? Ini Rahsianya Yang Anda Tak Tahu!

Sumber: Facebook Abdul Razak Abdul Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×