Dapur

Kuah Laksa Tahan Lebih Lama Kalau Guna 12 Petua Ini, Baru Tak Membazir!

50
SHARES
cara buat kuah laksa

Kalau anda ‘hantu’ laksa, kena tahu cara buat kuah laksa tahan lama seperti perkongsian Ida Shahida di laman Facebooknya. Petua tersebut sangat berguna dan masih ramai yang belum tahu.

Memang rugi kalau baru sekali makan tetapi kuah laksa sudah basi dan terpaksa dibuang. Jadi, nak tahu apa rahsianya? Baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Isteri Kongsi Resepi Ayam Panggang Rosemary Kesukaan Suami, Confirm ‘Terangkat’!

CARA BUAT KUAH LAKSA TAHAN LAMA, BARU TAK RUGI

cara buat kuah laksa

Kredit: Pnut Syafinaz

1. Jangan guna ikan tidak segar dan pastikan beli ikan saiz besar. Lebih sedap kerana lemaknya banyak.

2. Masak kuah kena lama sekurang-kurangnya satu jam diatas api.

3. Elakkan kuah dari terkena tangan selepas dimasak.

4. Selepas kuah siap dimasak, jangan ditutup terlalu awal. Biarkan sejuk atau suam terlebih dahulu.

5. Tudung periuk mesti dicuci bersih sebelum digunakan. Jangan ada sisa atau minyak kotoran.

6. Tudung periuk perlu dibasuh setiap kali nak panaskan kuah laksa semula.

7. Kekerapan memanas atau reheat kuah akan menyebabkan tidak tahan lama.

8. Sehari perlu sekurang-kurangnya 2 kali sahaja dipanaskan.

9. Bila panaskan kuah laksa jangan ditutup. Biarkan terbuka.

10. Semasa memasak kuah laksa jangan ditutup sama sekali.

11. Kenapa tak boleh ditutup ketika memasak dan memanaskan? Sebab wap akan masuk ke dalam periuk dan ini akan membuatkan makanan atau masakan jadi cepat basi.

12. Jangan rebus ikan guna pressure cooker. Rosak binasa ikan dan kalau buat pun kuah tak sedap sama sekali.

Tips tambahan:

– Saya tidak pisahkan ikan dengan tulangnya. Saya kisar ikan rebus seekor tapi dengan syarat rebus ikan lama.

– 1kg ikan masa rebusan adalah satu jam. Masak kuah nanti pun harus 1 jam juga.

Daun kesum jangan banyak. Jangan dimasukkan batangnya sekali sebab akan menyebabkan pahit atau kelat.

– Asam keping mesti direndam 4-5 minit. Guna 15 keping asam gelugur untuk 1kg ikan baru sempurna masamnya. Jika asam keping itu masih ada bijinya sila buang lingkaran tengahnya.

Mudah sahaja rupanya cara buat kuah laksa tahan lama. Ikuti 12 petua di atas, confirm tak basi dan boleh makan banyak kali.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Simpan Bahan Masakan Untuk Jimat Masa, Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Sumber: Facebook Ida Shahida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×