Kalau baru berjinak-jinak dalam bidang masakan dan ingin cuba resepi baharu, pasti anda teragak-agak nak letak garam. Kalau terlebih letak, nanti masin pula makanan sehingga tidak dapat dimakan. Jangan risau, kalau masakan terlebih masin, ada beberapa bahan anda boleh masukkan ke dalam masakan untuk membetulkan rasa. Confirm menjadi!
Baca juga: Resepi Makaroni Cuppizza Untuk Anak, Sekali Makan Confirm Teringat!
JANGAN BUANG KALAU MASAKAN TERLEBIH MASIN, GUNA 8 BAHAN INI
1. MAKANAN BERKANJI
Antara jalan penyelesaian sekiranya masakan anda terlebih masin adalah dengan menambahkan makanan berkanji ke dalam masakan tersebut.
Seperti contoh, tambahkan pasta, nasi atau quinoa yang telah dimasak. Pastikan anda beli pasta versi yang tidak bergaram ya. Nanti bertambah masin pula.
2. GULA & CUKA
Selain itu, boleh cuba tambahkan satu sudu cuka dan gula untuk mengimbangi rasa masakan anda. Sifat masam cuka bersama dengan kemanisan gula boleh mengurangkan rasa masin yang berlebihan.
Kalau nak tambahkan cuka, boleh juga masukkan gula secukup rasa.
3. DOH
Boleh guna doh untuk kurangkan rasa masin? Ya, anda boleh masukkan bebola doh kecil ke dalam masakan. Doh tersebut akan menyerap lebihan garam.
4. TEPUNG
Masukkan sedikit tepung ke dalam kuah dan lebih garam akan mula terapung ke atas. Cedok dan buang lebihan tadi.
5. YOGURT
Bukan setakat sedap, yogurt juga boleh mengurangkan rasa masin dalam masakan. Caranya mudah sahaja iaitu tambahkan satu sudu teh yogurt. Jangan risau, masakan anda tidak akan rasa pelik.
6. JUS LEMON
Tambahkan satu sudu teh jus lemon. Jangan terlalu banyak, nanti masakan terlebih masam pula.
7. SUSU/SANTAN
Tambah sedikit santan atau susu ke dalam masakan anda untuk meneutralkan rasa lebihan garam. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk masakan berkrim.
8. KENTANG
Potong kentang dan masukkan ke masakan selama 15-20 minit dengan api yang perlahan. Kemudian, keluarkan kentang dan teruskan memasak seperti biasa.
Kalau lepas ini masakan terlebih masin, jangan terus buang. Cuba dulu cara di atas.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Dengan Betul, Tak Liat & Wangi
Sumber: Times