Dapur

Cuba Resipi Aiskrim Malaysia Versi ‘Trend’ Baru Ini, Imbau Nostalgia Zaman Kanak-Kanak Anda!

20
SHARES
aiskrim malaysia

Sebut je aiskrim Malaysia, pasti dapat buatkan anda imbau zaman kanak-kanak. Ada ke yang tak kenal dengan dessert ‘legend’ ni? Dari kecil sampai besar, memang aiskrim Malaysia ini masih relevan dan menjadi pilihan ramai. Bukan budak, tapi orang tua pun suka dengan aiskrim Malaysia ini terutamanya apabila ia datang dengan pelbagai perisa baru.

Kalau dulu, perisa yang terkenal adalah seperti anggur, jagung, asam boi, namun selaras dengan zaman sekarang, kini aiskrim Malaysia telah divariasikan dengan lebih banyak perisa baharu mengikut ‘trend’ terkini. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai koleksi resipi aiskrim Malaysia mengikut ‘trend’ terkini!

Baca juga: Resepi Aiskrim Yogurt Homemade Guna Buah-Buahan Fresh, Rasa Macam Dekat Oversea!

KOLEKSI RESIPI AISKRIM MALAYSIA ‘TREND’ BARU

1. AISKRIM MALAYSIA MINT CHOCOLATE RICE

aiskrim malaysia

Bahan-bahan:

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air penapis
  • 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  • 3 sudu tepung jagung (yang sudah dibancuh)
  • 1 sudu kecil garam
  • Chocolate rice
  • Esen peppermint
  • Pewarna turqoise

Cara penyediaan:

  1. Masukkan chocolate rice siap-siap ke dalam plastik aiskrim.
  2. Apabila susu sudah mendidih, masukkan esen peppermint. Selepas itu, masukkan pewarna turqoise.
  3. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer.

2. AISKRIM MIX FRUIT JELLY

aiskrim malaysia

Bahan-bahan:

  • 1 kotak serbuk jelly (masak ikut arahan dan sukatan air pada kotak)
  • 1 senduk gula (jika perlu atau nak lebih manis)
  • Kiwi (potong kecil)
  • Strawberi (potong kecil)
  • Tembikai (potong kecil)
  • Mangga (potong kecil)
  • Buah naga (potong kecil)
  • Anggur (potong kecil)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan serbuk jelly @ agar-agar ke dalam periuk dan masukkan sukatan air mengikut arahan pada kotak. Kacau hingga adunan tidak berketul.
  2. Apabila adunan mendidih, rasa. Jika kurang manis, tambahkan gula ikut citarasa. Masak hingga larut kemudian sejukkan adunan agar-agar.
  3. Masukkan potongan buah-buahan ke dalam plastik aiskrim dengan secukupnya.
  4. Tuang bancuhan agar-agar tadi dan ikat plastik aiskrim.
  5. Bekukan di dalam peti sejuk beku dan boleh dinikmati pada bila-bila masa. 

*Jika buat untuk makan sendiri, sekotak jelly sudai memadai. Untuk buah-buahan pula, boleh guna aneka buah yang menjadi kegemaran. 

3. AISKRIM MALAYSIA CAPPUCINO OREO 

aiskrim malaysia

Bahan-bahan:

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air penapis
  • 5 sudu gula
  • 3 sudu tepung jagung dibancuh
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan oreo crush siap-siap ke dalam plastik aiskrim.
  2. Apabila susu dah mendidih, masukkan cappucino emulco. Kacau hingga sebati.
  3. Tunggu susu sejuk, baru masukkan dalam plastik. 

4. AISKRIM MALAYSIA VERSI CHEESE

aiskrim malaysia

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat (boleh guna 1/2 tin sahaja)
  • 3 tin air
  • 3 sudu gula (tak suka manis boleh kurangkan)
  • 2-3 sudu tepung jagung
  • 50 g tatura cream cheese
  • Secubit garam
  • Filling blueberry & strawberry (masukkan filling dalam plastik aiskrim siap-siap, lagi mudah paipkan guna piping bag)

Cara penyediaan:

  1. Masakkan semua bahan di atas (kecuali cream cheese) dengan api sederhana. 
  2. Apabila sudah menggelegak, masukkan cheese.
  3. Biarkan bancuhan, dah agak suam, blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih tak halus, tapiskan bancuhan. 

5. AISKRIM MALAYSIA SUMI JELLY

aiskrim malaysia

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air kosong
  • Secubit garam
  • 2 bungkus sumi (belah 4/6 ikut masing-masing)

Cara penyediaan:

  1. Campur dua susu dengan satu tin air dan garam.
  2. Masak air sampai garam hancur. Masukkan baki 3 air tin. 
  3. Kacau rata, biarkan sejuk. Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik aiskrim kemudian tuang adunan tadi dalam plastik aiskrim tersebut. 
  4. Sedia untuk dibekukan. 

Boleh cuba untuk ‘dessert’ berbuka nanti! Pasti rasanya tidak akan mengecewakan. Percayalah buat 10 pun tak cukup, sebab bukan anak je suka tapi ibu bapa pun akan berebut nanti bersama si kecil mereka. Selamat Mencuba!

Sumber: Norhamidah Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×