Dapur

Resepi Aiskrim Yogurt Homemade Guna Buah-Buahan Fresh, Rasa Macam Dekat Oversea!

17
SHARES
resepi aiskrim homemade

Ketika berhadapan dengan cuaca yang panas, selain minuman sejuk sudah pasti tekak kita menginginkan makanan yang manis dan juga sejuk di tekak. Aiskrim merupakan pilihan yang paling tepat! Tambah pula kalau berada di luar negara, banyak betul pilihan aiskrim yang khususnya diperbuat dari yogurt dan buah asli yang memang sedap-sedap. Jadi, ada tak resepi aiskrim yogurt boleh buat di rumah?

Sudah semestinya ada! Berikut merupakan enam resepi aiskrim berasakan yogurt dan buah-buahan asli yang anda boleh buat di rumah dengan mudah. Bukan sahaja sihat, anak-anak yang masih kecil pun boleh makan. Yummy!

RESEPI AISKRIM YOGURT HOMEMADE, ANAK KECIL PUN BOLEH MAKAN

1.Tembikai dan pisang

-Sebiji pisang dan tembikai beku

-1 cup frozen yogurt

-Blend kesemua bahan dan bekukan sehingga 2-5 jam.

resepi aiskrim yogurt

2.Blueberry dan pisang

-Sebiji pisang dan 1 cup blueberry beku

-1 cup frozen yogurt

-Blend sehingga sebati dan bekukan sehingga 2-5 jam.

resepi aiskrim yogurt

3. Kiwi dan pisang

Sebiji pisang

-1 cup yogurt dan 2 biji kiwi

-Blend kesemua bahan dan bekukan sehinggan 2-5 jam.

resepi aiskrim yogurt

4.Mangga dan pisang

-Sebiji pisang

-1 cup yogurt dan 1 cup mangga beku

-Blend kesemua bahan dan bekukan sehingga 2-5 jam.

resepi aiskrim yogurt

5.Buah naga dan pisang

-Sebiji pisang

-1 cup buah naga beku dan 1 cup yogurt

-Blend kesemua bahan dan bekukan sehingga 2-5 jam.

resepi aiskrim yogurt

6.Anggur dan pisang

-Sebiji pisang

-1 cup anggur beku dan 1 cup yogurt

-Blend kesemua bahan dan bekukan sehingga 2-5 jam.

*Anda rasa nak cuba yang mana satu dahulu?

Sumber: Eriz Izah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×