Sihat

Beri Anak Makan Buah Jambu Batu Sekali Bijinya, Boleh Bantu Lancarkan Perjalanan Najis

8
SHARES

Memperkenalkan anak-anak dengan pelbagai buah-buahan telah menjadi tanggungjawab ibu bapa kerana buah-buahan telah terbukti mengandungi pelbagai khasiat serta vitamin yang bagus untuk membantu tumbesaran mereka.

Menurut Puan Mazliana Mazlan, biji jambu batu boleh melancarkan perjalanan najis anak-anak. Kalau si kecil mengalami simptom sukar nak membuang, segeralah beri mereka makan buah jambu batu dengan bijinya sekali. Sangat bagus untuk anak-anak!

Baca juga: Beri Anak Makan Buah Oren Sekali Empulur Putih, Ini Cara Betul Nak Pilih..

MAKAN SEKALI DENGAN BIJI JAMBU BATU

Anak boleh je makan biji jambu batu kalau dia dah pandai gigit. Kita fikir tak boleh makan sebab ianya keras dan tak sesuai untuk anak. Tapi sebenarnya biji jambu batu sangatlah tinggi dengan serat, dan boleh bantu perjalanan najis anak dengan baik.

Anak yang dapat makanan seimbang, patutnya membuang paling kurang sekali sehari. Kalau tak macam ini, pastikan kita sediakan makanan tinggi serat lebih kerap untuk anak-anak.

Vitamin C dalam jambu batu, dua kali ganda lebih tinggi dari oren tau. Lebih banyak antioksida pulak tu. Bagus sangat kalau kita dapat jadikan jambu batu antara buah mingguan yang patut ada di dapur. Banyak sangat khasiat yang anak-anak boleh dapat.

1. Najis anak dapat keluar dengan baik dan tak keras atau kena teran selalu sampai muka merah.

2. Imuniti anak kuat dan kurang dapat sakit dan dijangkiti kuman.

3. Badan mereka sihat sebab selalu ambil makanan tinggi antioksida.

4. Kulit anak cantik dan tak kering.

5. Bagus untuk kesihatan mata anak sebab ada kandungan caroteniod.

Pelbagai betul khasiat jambu batu yang anak boleh dapat kalau kita jadikan buah yang wajib ada di dapur paling kurang sekali dalam dua minggu. Ajar anak-anak untuk jadikan habit mereka cari buah bila lapar dan bukan jajan.

Jadi, akan banyak pilihan buah yang kita akan cuba cari untuk ajar anak makan. Banyak lagi pilihan, banyak jugak khasiat yang pelbagai anak akan dapat. Begitu. Semoga manfaat!

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×