Famili

[VIDEO] Kawan Bujang ‘Bahan’ Makan Luar Bawa Bekal Isteri Masak, Netizen Puji Abang Ini Sweet!

210
SHARES
menu bekal

Bawa bekal ke tempat kerja bukan sahaja menjaminkan kebersihan makanan yang dimasak sendiri, malah sudah pastinya sedap terutama sekali dari air tangan ibu atau isteri. Namun, tidak ramai dalam kalangan golongan lelaki yang tidak segan membawa bekal ke tempat terja, risau dianggap manja.

Berbeza pula dengan seorang lelaki ini berkongsikan video di laman Tiktok apabila dia membawa bekal makanan yang dimasak oleh isteri tersayang dan makan luar bersama rakan-rakan. Sampai ada juga dalam kalangan kawan-kawan yang ‘membahan’ pula tu.

Baca juga: Bantu Sahabat ‘Istimewa’ Buka Tali Pinggang Untuk Buang Air, Telatah Murid Ini Dapat Pujian!

KAWAN BUJANG ‘BAHAN’ LUNCH MAKAN BEKAL ISTERI

Semalam di Tiktok terdapat satu perkongsian video, seorang lelaki ‘dibahan’ oleh rakan-rakan yang masih bujang ketika mereka menjamu selera di sebuah kedai makan. Hal ini kerana, tatkala rakan-rakan yang lain menjamu selera makanan penuh sepinggan, dia pula sedang menikmati bekal yang disediakan oleh isteri tercinta.

Walaupun ‘dibahan’, namun lelaki tersebut tampak berselera sekali menikmati lauk yang lebih simple iaitu ayam masak sambal dan kacang tumis telur. Bukan itu sahaja, rakan-rakannya turut bergurau tentant bekas makanannya yang menggunakan bekas aiskrim dan container bercorakkan The Avengers. Namun, lelaki tersebut nampak tenang dan tahu bahawa itu semua hanyalah gurauan semata-mata.

@bosshukex

Sedihkan saya kena buli …hahah

♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe – Boss Shukex Halo Telco_oe

“KEBERKATAN DALAM MASAKAN ISTERI..”

Sejak dimuatnaik, video tersebut mendapat lebih sejuta tontonan di laman Tiktok. Bukan itu sahaja, ramai yang memuji lelaki ini kerana tidak segan silu membawa bekal masakan dari isteri tersayang.

Sumber: Tiktok @bosshukex

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×