Dapur

Resepi Donut Kampung Red Velvet Viral, Lembut Sampai Ke Malam!

36
SHARES

Nampak mudah tapi sebenarnya susah untuk menghasilkan donut red velvet yang menjadi trend di media sosial. Antara masalah sering terjadi sudah tentunya donut keras kejung dan mengecut selepas digoreng. Pasti kecewa terutamanya jika anda baru pertama kali mencuba membuat donut kampung.

Bagi mengelakkan rasa kecewa donut tidak menjadi, apa kata anda ikut sahaja resepi perkongsian Puan Hana di laman Facebooknya. Uli guna tangan tetapi hasilnya lembut sampai ke malam!

Baca juga: Tips Goreng Sosej Tak Kecut & Kedut, Memang Elok Kejadiannya!

RESEPI DONUT KAMPUNG RED VELVET, LEMBUT SAMPAI KE MALAM

Donut kampung je tapi ditambah perisa red velvet. Cara mudah untuk membuatnya hanya dengan ulian tangan. Boleh menghasilkan anggaran 10 ke 12 biji donut mengikut kesesuaian acuan atau besarnya bebola doh. 

Bahan-bahan: 

  • *2 cawan tepung gandum
  • *1 sdb gula
  • *1sdb susu tepung
  • *1/2 sdb margerin
  • *1 sdt yis kering
  • *Secubit garam
  • *1 sdt pewarna red velvet emulco
  • *1 sdt serbuk koko
  • *1/2 cawan air lebih kurang
  • 1/2 cawan gula kaster

Cara penyediaan: 

– Masukkan semua bahan bertanda (*) ke dalam 1 mangkuk besar.

– Sebatikan dan uli sekitar 10 minit. Rehatkan selama 5 minit.

– Boleh dibentuk menggunakan acuan atau dibuat bebola.

– Biar naik sekitar 20 minit dan panaskan minyak dengan api sederhana.

– Masukkan donut tadi. Goreng 1 minit di setiap bahagian.

– Angkat dan terus sadurkan dengan gula kaster atau susu tepung.

donut

Memang lembut sampai ke malam dan sesuai dijadikan hidangan minum petang. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Hana Hana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×