Siapa pernah cuba makan makaroni cuppizza? Biasanya hanya makaroni goreng dan makaroni cheese sahaja yang banyak dijual di luar.
Makaroni cuppiza ini juga sesuai dijadikan menu jamuan di sekolah anak. Memang mudah nak buat kerana hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Jom cuba!
Baca juga: Guna 1 Bahan Sahaja Boleh Elakkan Kutu Beras, 2 Tahun Pun Elok Lagi!
RESEPI MAKARONI CUPPIZZA, SATU MESTI TAK CUKUP!
1. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan isi ayam. Nak masuk sosej atau crabstick pun boleh.
2. Masukkan makaroni yang sudah direbus. Tuang sos bolognese dan perasakan secukupnya.
3. Ambil tortilla wrap dan potong seperti dalam gambar.
4. Masukkan ke dalam cup dan letakkan makaroni tadi di bahagian atas.
5. Pecahkan telur dan perasakan dengan garam. Tuang adunan telur ke dalam cup makaroni.
6. Tabur cheese dan mix herbs. Bakar api atas bawah selama 15 minit, api bawah 10 minit menggunakan suhu 170°c.
Siap. Sedia untuk dihidangkan. Pasti anak-anak suka makaroni cuppiza ini.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buang Tahi Udang Tanpa Perlu Kupas Kulit, Berdesup Dah Siap!
Sumber: Facebook Sharinaz Redwan