Dapur

Resepi Crab Croquette Viral, Crispy Di Luar Creamy Di Dalam!

3.8K
SHARES

Sudah pasti anda yang seringkali lihat di laman media sosial, ramai yang berkongsikan pelbagai jenis resepi sempena PKP. Selain dari kerja dari rumah, inilah masanya juga untuk anda mengasah bakat dengan mencuba resepi-resepi baharu. Salah satu menu viral yang anda boleh cuba adalah Crab Croquette yang kelihatan seperti bebola tapi isi di dalamnya adalah isi ketam!

Artikel berkaitan: Lebih 19k Perkongsian, Ini 8 Koleksi Menu Ekspres PKP Guna Air Fryer

RESEPI CRAB CROQUETTE VIRAL

-1 biji bawang besar Holland

-Butter

-Tepung gandum

-Susu

-Isi ketam aka crabsticks

-Secubit garam

-Secubit lada sulah

-Telur ayam

-Breadcrumbs secukupnya

1.First sekali , rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah didadu dan hirisan daun bawang. Gaulkan kesemua tadi, dan letakan satu ketul kiub pati ayam. Dan gaulkan lagi sampai dah hancur kiub pati ayam.

2.Biarkan disitu , sekejap . Kita buat creamy dia pulak.

3.Pastikan, ada 3 bahan ni yee . Tepung gadung , susu full cream dan butter cup.

4.Panaskan , half butter sampai cair.

5.Masukan tepung gadung, dalam 3-4 sudu. Dan kucarkan sampai bagi pekat.

6.Masukkan pulak, sedikit susu full cream. Dan kucarkan bagi sampai pekat ye.

7.Ok masukkan , bahan utama tadi .

8.Gaulkan , bagi rata dengan creamy tadi .

9.Ok ni bahan terakhir . Telur + dan serbuk roti .

10.Bentukan isi ketam , bagi bulat macam ni. Lepastu celupkan dalam telur, dan celupkan pulak dalam serbuk roti. Ulang 2 kali ye celupan tu. Supaya nanti bebola lebih padat, dan tak pecah.

11.Ok siapp , dah yang dicelup telur dan serbuk roti.

12.Sejukan dalam 1-2 jam, supaya nak goreng nanti dah tak lembik macam ni.

13.Panaskan minyak, pastikan minyak betul betul panas Ye . Baru gorengkan . Bila dah nampak garing keemasan, angkatkan dan hidangkan.

14.Tengok ni isi dlm, so creamyy. So shedapp wey!

Selamat mencuba!

Sumber: Khyra Amanda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×