Dapur

Tak Tahu Pula Makaroni Boleh Jadi Kudap-Kudapan, Ini Cara Buat Mac & Cheese Crispy!

9.1K
SHARES

Sajian kudap-kudap pastinya menjadi kegemaran seisi keluarga selepas berbuka puasa. Bukan itu sahaja, makanan kudap-kudapan sebegini boleh juga dijadikan peneman biskut raya untuk Aidilfitri nanti. Salah satu idea untuk anda buat hidangan ringan ini adalah menggunakan makaroni. Guna macaroni dah boleh buat kudapan? Mudah sahaja caranya dan mesti anak-anak suka!

RESEPI Mac & Cheese Crispy KRUP KRAP

Bahan- bahan :

1) Macaroni

2) Cheese Powder

1. Masukkan macaroni dalam mangkuk. Rendam macaroni dengan air 45minit. Tak perlu rebus tau, just rendamkan. 45 minit tu just nice. Kalau lama sangat nanti kembang. Kalau sekejap pulak lepas goreng jadi keras. Ingat tau, rendam 45 minit. Air tenggelam. Kalau guna pasta yang lebih tebal, make sure rendam lama sikit. Kalau tak, nanti keras tak boleh krap krup krap haha

Depends pada jenama pasta juga tau, sebab setiap jenama tak sama tebalnya. Try dulu 45 minit, kalau leras, boleh rendam lebih masa lagi. Nak tukar jenis pasta pun boleh, spiral boleh, reben boleh.

2. Dekat tapak tangan tu warna dah berubah sikit lepas dah rendam 45 minit. Nampak kembang sikit dah kan? Kalau taknak keras, rendam lebih lama tau.

3. Okay panaskan kuali, masukkan minyak dan ready untuk digoreng!

4. In time goreng ni, kacau kacau ye make sure setiap ketul tu jangan melekat kalau melekat, sila pisahkan mereka.

5. Wahhh golden look! Tak ada gelang mas cincin mas raya takpe dah kita ada macaroni golden gituwww. Toskan ye.

6. Next..masukkan macaroni yang digoreng tu dalam bekas yang ada penutup. Masukkan cheese powder kalau suka banyak, letak banyak.

7. Okay last part. Tutup bekas dan shake shake shake shake! Sampai rata dan semua cheese powder membaluti macaroni kita.

8. Siap!

Sumber : Wan Rohani

Most Popular

To Top