Dapur

Cara Buat Kuah Spaghetti Bolognese Yang Lebih Sihat, Guna Bahan ‘Fresh’ Lagi Sedap

38.4K
SHARES
resepi spaghetti bolognese

“Suka betul anak-anak dengan spaghetti bolognese. Ingat nak buat lagi petang ni, tapi nak cuba buat kuahnya pakai tomato segar. Susah tak agaknya ye?”

Sekarang ni dah mudah, nak masak apa-apa semuanya ada yang segera. Asyik pakai yang dalam tin tu takut tak elok juga kalau makan selalu sangat.

Sebenarnya nak buat kuah spaghetti bolognese ni tak susah pun caranya. Malah, rasanya tentu lebih sedap sebab kita menggunakan bahan segar yang jauh lebih sihat dan berkhasiat. Ini resepi mudah yang dikongsikan oleh Puan Nurjana Noh.

Cara Buat Kuah Spaghetti Bolognese Yang Lebih Sihat, Guna Bahan Fresh

Bahan-bahan

  • 8-10 biji buah tomato segar
  • 2 biji bawang holland
  • 1 labu bawang putih
  • 1/2 tin kecil tomato puree
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit oregano
  • Bebola ayam
  • Garam / gula perang secukup rasa

Cara-cara

1. Kelar & Rebus Tomato

Mula-mula kelarkan sedikit buah tomato pada 4 bahagian macam dalam gambar di bawah. Tujuannya nak mudahkan kopek kulit tomato tu nanti.

Kemudian didihkan air dan masukkan tomato hinggalah tomato masak dan lembut isinya.

2. Rendam Dalam Air Sejuk

Bila dah cukup masak, bolehlah diangkat dan masukkan pula dalam 1 bekas air sejuk.

3. Buang Kulit

Lepas dah tak panas lagi, bolehlah buangkan kulitnya macam dalam gambar di bawah ini.

4. Kisar

Lepas tu potong-potongkan sedikit untuk dimasukkan ke dalam blender. Kisar kasar-kasar dalam 2-3 kali tekan saja.

5. Tumis Bawang

Inilah bawang yang saya gunakan untuk menumis. Saya memang suka banyak bawang, jadi kalau siapa yang tak suka bolehlah kurangkan sikit.

resepi spaghetti bolognese

Tumbuk bawang putih dan dadukan bawang holland. Tumis hingga naik bau.

6. Masukkan Tomato & Bahan-bahan Lain

Seterusnya masukkan tomato yang telah dikisar tadi. Tambahkan sedikit air, lada hitam, oregano, tomato puri dan bebola ayam.

7. Perasakan

Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula perang. Adjust rasanya ikut sukalah ya.

Siap!

Bila dah siap, bolehlah dihidangkan dengan mi spaghetti yang dah direbus dan ditoskan.

Bubuhlah apa-apa topping penyedap rasa macam taburan keju, cili atau rempah-rempah lain. Sedia untuk dinikmati!

Wah, mudah kan?

Lepas ini tak perlu lagi beli sos spaghetti segera tu. Selain boleh berjimat, dapatlah kita sajikan hidangan yang berkhasiat untuk anak-anak. Rasa tomato asli dan teksturnya yang segar tentu lebih memikat.

Selamat mencuba!

 

*Resepi sos spaghetti bolognese ini disumbangkan oleh Puan Nurjana Noh menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×