Dapur

Tak Payah Guna Tomato Dalam Tin, Ini Resepi Sos Spaghetti Guna Tomato Fresh Paling Senang!

252
SHARES

Siapa sahaja yang tidak suka akan masakan Barat seperti spaghetti kan? Bukan sahaja orang dewasa malah anak-anak juga sangat gemarkan juadah ini kerana kurang pedas dan mengenyangkan. Namun, antara bahan yang akan digunakan oleh orang ramai dalam membuat sos spaghetti adalah menggunakan tomato puri di dalam tin.

Kalau boleh, kita mahu juga untuk elak menggunakan makanan yang diproses di dalam tin bukan? Jadi, ini adalah perkongsian resepi paling mudah dan ekspres untuk anda buat sos spaghetti menggunakan tomato segar. Barulah jadi juadah sihat untuk seisi keluarga!

RESEPI SOS TOMATO FRESH, BUKAN DALAM TIN

1.Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.

2.Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.

3.Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.

4.Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.

5.Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.

6.Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.

7. Jadi, masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.

8.Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yg telah direbus. Kacau sebati.

9.Siap!

Sumber: Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×