Dapur

Resipi Sos Pasta Tomato Tanpa Garam Untuk Si Manja, Boleh ‘Frozen’ & Masak Terus!

490
SHARES

Makanan yang bersih dan berkhasiat adalah kriteria yang penting dalam pemakanan anak-anak yang makin membesar. Bila anak mencapai umur 6 bulan dan keatas, mereka sudah boleh makan makanan pejal dan salah satu jenis makanan yang menjadi kegemaran adalah spageti. Mengenyangkan dan sedap, menu spageti ini pasti akan menjadi tarikan buat si manja.

Namun, penat juga kalau setiap kali nak masak spageti setiap kali itulah nak kena buat sos yang baharu kan? Jadi, ibu-ibu jangan risau kerana anda boleh ikut resipi sos pasta tomato ini supaya boleh difrozenkan dan dimasak terus!

Sos pasta tomato dan basil (selasih) – Stage 3: 10-12 months

http://busy-at-home.com/

Bagi mak mak yang suka bagi anak makan pasta, saya kongsikan resepi sos pasta. Best sebab sos ni boleh difrozenkan dan dimakan banyak banyak kali. Tema saya – masak sekali makan berkali-kali yeahhh.

Bahan-bahan

Minyak zaitun

1/2 biji bawang kecil – 1/2 biji bawang putih – dicincang

carrot – dihiris halus

200ml puri tomato dan 2 helai daun selasih – dicincang

1 sudu kecil Parmesan cheese yang digrated dan 1 sudu besar cream cheese

simplygluten-free.com

Cara memasak

1. Panaskan minyak. masukkan bawang kecil, putih dan carrot. Masak sampai semuanya lembut.

2. Masukkan tomato puree dan 3 sudu besar air. Didihkan dan kemudian kecilkan api selama 15 minit.

3. Blend kan semua dengan cheese dan basil. Boleh guna food processor dan segala jenis blender.

4. Campurkan dengan pasta yang sudah dimasak.

http://www.seriouseats.com/

Lagi 3 kali makan tu siap asingkan dalam bekas kecil. Tulis tarikh dan frozen kan dalam peti. Yeahhh makanan anak lagi 3 kali dah dapat disiapkan! Next time nak masak. Hanya perlu panaskan dan tuang dalam pasta. Resepi ni best sebab takde garam gula. Hanya guna selasih sebagai herba, cheese nak bagi rasa masin dan tomato nak bagi manis-manis.

*Selamat mencuba!

Sumber: Amalina Mohd Daud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×