Rumah

Jangan Buang Sisa Ikan Selepas Disiang, Boleh Guna Jadi Baja Tanaman

4.8K
SHARES
sisa ikan

Selepas selesai menyiang ikan, pasti sisanya akan dibungkus dan dibuang. Apa kata lepas ini jangan dibuang sisa ikan tersebut dan dijadikan baja untuk menghasilkan hasil tanaman lebih subur.

Baja sisa perut ikan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis tanaman seperti sayuran dan buah-buahan. Mudah sahaja cara DIY pembuatan baja sisa ikan ini. Jom try!

Baca juga: Cara Tanam Daun Kesum, Dalam 3-4 Hari Dah Tunjuk Hasil!

SISA IKAN YANG DISIANG BOLEH GUNA JADI BAJA TANAMAN

Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman (MOL Ikan). Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat baik untuk tanaman.

Tidak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.

Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini.

  • Nisbah perut ikan dan gula merah= 1:1
  • Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah.
  • Peramkan 3 sehingga 4 minggu
  • Tutup dan simpan di tempat gelap. Selepas itu, tapis patinya.

Masukkan perut ikan ke dlm tong peraman. Gaulkan dengan gula merah. Lagi lama peram lagi power baja ni nanti.

sisa ikan

Kadar bancuhan:

  • 10ml pati + 1L air
  • Siram

Senang kan? Fungsi gula merah adalah untuk merangsang pembiakan bakteria serta menyuburkan tanah. Hasil tanaman seperti bayam, kesom, cili padi dan terung subur dengan begitu gemuk. Wah!

sisa ikan

SISA IKAN

SISA IKAN

SISA IKAN

Sumber: Facebook Norahim Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×