Dapur

Resepi Sup Mamak Ayam Kampung, Kuah Pekat Sedap Cicah Dengan Roti

37
SHARES
sup mamak

Sup mamak merupakan antara menu popular dan wajib dipesan sekiranya anda ke restoran mamak berhampiran. Makan pula dengan nasi atau roti memang sedap sangat.

Kalau nak cuba resepi sup mamak kuah pekat melikat, boleh ikuti perkongsian daripada Emee Sham di bawah. Mudah sahaja nak buat, jom baca.

Baca juga: Ikan Rebus Goreng Asam Menu Popular Pantai Timur, Nak Lagi Sedap Ikut RAHSIA Ini

 RESEPI SUP MAMAK AYAM KAMPUNG, KUAH PEKAT MELIKAT

SUP MAMAK

Bahan-bahan:

  • Ayam kampung
  • 4 sekawan
  • 5 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • Halia
  • Cili api merah
  • 4 paket kecil rempah sup kering
  • Serbuk rempah kurma
  • Sebiji tomato
  • Daun sup
  • Sebiji limau nipis

Cara penyediaan:

1. Ayam kampung potong 4 bahagian. Terpulang kalau nak guna kambing atau daging lembu pun boleh.

2. Rebus bersama rempah sekawan.

3. Kemudian kisarkan 5 biji bawang besar, 8 ulas bawang putih, halia dan cili api merah. Ketepikan.

4. Bila rebusan ayam dah mendidih, masukkan bahan kisar tadi. Kacau rata dan biarkan sehingga mereneh.

5. Bila dah mereneh, masukkan 4 paket kecil rempah sup kering dan setengah paket rempah kurma serbuk. Kacau rata dan pastikan api perlahan.

6. Masukkan sebiji tomato yang dipotong dadu, perasakan dengan garam.

7. Masukkan bawang goreng, hirisan daun sup dan sebiji perahan sebiji limau nipis. 

8. Bila dah sebati dan cukup rasa, keluarkan ayam dan tutup api.

9. Nak makan nanti boleh potong ayam kecil-kecil. Kalau nak kuah sup lagi pekat, lebihkan bawang besar kisar dan rempah kering.

Nampaknya, hari-hari boleh makan sup mamak dekat rumah. Selamat mencuba!

Baca juga: Bukan Hanya Gula Sahaja, Ini Senarai Bahan Boleh Guna Kalau Masakan Terlebih Pedas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×