Anda mencari jalan penyelesaian cara kurangkan pedas dalam masakan? Pilihan tepat kerana artikel kali ini penulis kongsikan beberapa bahan boleh ditambah ke dalam masakan yang terlalu ‘menyengit’.
Jadi selepas ini jangan buang ya kalau hidangan tersebut terlalu pedas kerana boleh dibaiki semula sehingga sedap. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Baca juga: Jangan Kecewa Kalau Masakan Terlebih Masin, Masukkan Sahaja 8 Bahan Ini
CARA KURANGKAN PEDAS DALAM MASAKAN, TAMBAH BAHAN INI
1. Cairkan kuah
Antara cara kurangkan pedas dalam masakan adalah dengan mencairkan kuah. Ini boleh dilakukan dengan menambah sedikit bahan-bahan seperti sayur-sayuran sebelum memasukkan air.
2. Tambahkan sedikit tepung
Selain itu, anda juga boleh mencuba dengan menambahkan sedikit tepung ke dalam masakan. Selain tepung, boleh juga menghidangkan sekeping roti ketika makan untuk mengurangkan pedas.
3. Taburkan gula
Menambahkan gula dalam masakan merupakan antara jalan penyelesaiannya yang sering digunkan jika terlalu pedas. Walau bagaimanapun, tidak digalakkan letak terlalu banyak kerana risau akan jadi terlalu manis.
Selain gula, boleh juga digantikan dengan madu asli.
4. Tambahkan mentega kacang
Masih ramai lagi belum tahu bahawa cara kurangkan pedas dalam masakan adalah dengan menambahkan satu sudu besar mentega kacang.
Ia berfungsi untuk menyerap rasa pedas dan sekiranya tiada mentega kacang boleh digantikan dengan kacang tanah bergoreng.
5. Gunakan bahan citrus
Capsaicin adalah molekul beralkali. Sekiranya dipasangkan dengan bahan berasid seperti jus sitrus atau cuka boleh membantu meneutralkan haba.
Jadi, boleh cuba tambah lemon, limau nipis atau jus oren dalam hidangan. Pastikan anda menambah mengikut cita rasa dan jangan letak terlalu banyak ya.
6. Tambah bahan tenusu
Produk tenusu seperti susu, yogurt atau keju boleh digunakan sekiranya masakan terlebih pedas. Ia bergantung kepada kesesuian menu hidangan anda.
Boleh juga cuba menambahkan sedikit santan untuk mengimbangi rasa pedas dan berlemak.
7. Bawang besar
Tambahkan sedikit hirisan bawang besar ke dalam masakan untuk mengurangkan rasa pedas.
Akhir sekali, pemilihan cili juga memainkan peranan penting kerana jika salah pilih ia akan menyebabkan masakan terlebih pedas.
Kalau nak pilih cili kering yang kurang pedas, pastikan bentuknya lurus dan berkilat. Jangan ambil jenis kerinting kerana pedas.
Mudah kan? Semoga bermanfaat!
Baca juga: Panduan Sukatan Gram Ke Cawan Untuk Buat Kuih & Kek, Tak Pening Kepala Dah
Kredit: iStock