Dapur

9 Petua ‘Adjust’ Rasa Sambal & Masakan Yang Terlajak Pedas

5.5K
reads

“Alamak macam terpedas sangat sambal nasi lemak aku ni. Nanti susah pulak budak berdua tu nak makan. Tak tahu pulak cili ni jenis pedas. Guna kuantiti sama je, rupanya pedas dia dua kali ganda! Macam mana cara kurangkan pedas dalam masakan ni ya?”

Rasa pedas sangat sinonim dengan citarasa rakyat Malaysia. Ada yang suka pedas sebab lebih ‘kick’. Tapi, ada juga yang tak tahan pedas.

Kadang-kadang, kita tak perasan jenis cili yang dipakai juga mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Oleh sebab itulah kadang-kadang agak sukar untuk mengagak kuantiti cili untuk dimasukkan dalam masakan.

Sebenarnya, ada beberapa teknik dan bahan yang boleh ditambah pada masakan untuk mengatasi rasa ‘terlajak’ pedas.

9 Petua Kurangkan Pedas Dalam Sambal & Masakan

Berikut adalah beberapa cara untuk kurangkan pedas dalam masakan anda.

1. Gula / Madu

Rasa pedas dapat dikurangkan dengan mengimbangi semula rasa masakan. Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.

Foto Kredit: estetikbody.ru

2. Lemon / Cuka / Asam Jawa

Perasa lain juga boleh digunakan untuk membetulkan rasa seperti perasa masam dari cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon. Hati-hati dan masukkan sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih sehingga merosakkan rasa lauk.

Foto Kredit: mykitchenodyssey.blogspot.my

3. Kentang

Selain sering digunakan dalam masakan bagi meneutralkan rasa masakan dari terlalu masin, kentang juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedas.

Masukkan sebiji dua kentang dalam masakan dan masak bersama sehingga kentang empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa pada makanan yang disediakan.

Foto Kredit: sapirshop.com

4. Tambah Santan / Susu

Petua lain bagi mengurangkan tahap pedas dalam masakan ialah dengan menambah produk tenusu seperti susu, yoghurt atau keju bergantung dengan kesesuaian masakan.

Boleh juga gunakan santan sebagai alternatif pengganti bahan tenusu. Selain mengurangkan rasa pedas, santan juga boleh membuatkan lauk terasa lebih lemak dan pekat.

Tips rambut lurus dan bersinar

5. Hirisan Bawang Besar

Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih pedas. Agak-agak jumlah bawang yang sesuai bergantung kepada masakan anda.

Bawang besar mampu kurangkan rasa pedas dalam sambal. Cubalah!

bawang merah mengurangkan kolesterol

Foto Kredit: jurnaldeoas.ro

6. Tomato

Pengunaan tomato sangat berguna untuk mengurangkan rasa pedas pada masakan yang menggunakan banyak cili padi seperti sambal belacan dan sambal goreng berlada. Boleh ganti beberapa batang cili pada kepada 2 ke 3 biji tomato untuk mengekalkan rasa pedas yang terkawal.

Bergantung pada jenis masakan, kalau masak sambal, blend kan tomato bersama cili dan tumis macam biasa. Kalau masak lauk-pauk, belahkan kepada 4-6 bahagian. Kalau dah tak ada sangat, boleh juga gunakan sos tomato atau pes tomato. Rasa tomato yang masam-masam akan mengimbangi rasa pedas yang melampau, malah menjadikannya lebih sedap.

Foto Kredit: www.stylecraze.com/

7. Mentega Kacang

Cara kurangkan pedas yang satu ini mungkin kedengaran macam kelakar dan pelik. Tapi, ada yang berpendapat kandungan lemak semulajadi dalam kacang dapat menyerap lebihan rasa pedas di samping meyerlahkan lagi rasa masakan.

Untuk gunakan mentega kacang, panaskan dahulu supaya lebih lembut dan mudah sebati dalam masakan.  Kalau tak ada mentega kacang, boleh tukarkan dengan kacang tanah yang digoreng atau dibakar sebagai alternatif.

cara kurangkan pedas

Foto Kredit: bracpet.com

8. Lebihkan Sayuran

Jika masakan yang terlebih pedas mengandungi sayuran seperti tomyam, lebihkan lagi sedikit sayuran di dalamnya seperti lobak merah, brokoli, atau kobis.

Boleh juga letakkan buah-buahan segar seperti nanas sebagai pengimbang rasa.

Foto Kredit: foodnext.us/

9. Pilih Cili Berkedut & Kerinting

Lain kali, kalau tak tahan pedas, jangan pilih cili kering yang berbentuk lurus dan berkilat. Jenis ini biasanya banyak biji dan memang pedas. Cili kering mungkin nampak saja sama, tetapi jika dilihat betul-betul ada berbagai rupa bentuk mengikut jenis dan tahap kepedasannya.

Jadi gunakan cili kering jenis berkedut dan berkerinting. Cili kering jenis ini sangat sesuai untuk masak lauk seperti sambal goreng dan sambal tumis. Pedasnya pun masih terkawal, boleh dikatakan ‘pedas-pedas manja’ saja.

Kalau nak buangkan lagi pedasnya, buangkan semua biji cili dan rebus sekejap cili kering dengan air panas. Lepas itu, barulah kisar macam biasa.

cara kurangkan pedas

Cili jenis kerinting

Cili jenis lurus dan berkilat

Tak Perlu Risau Lagi!

Dengan beberapa cara kurangkan pedas ini, anda pasti akan rasa lebih yakin untuk memasak untuk keluarga serta tetamu.

Terlalu pedas pun bahaya juga, sebab bukan semua orang boleh terima makanan pedas macam kita. Tak pasal-pasal, sakit perut pula dibuatnya!

Yang Popular

To Top