DIY & Kraf

Cara Tanam Kacang Tanah Guna Polibeg, 3 Bulan Dah Dapat Hasil

366
SHARES

Kacang tanah ialah salah satu sumber makanan utama di dunia dan ia juga merupakan salah satu jenis kacang yang paling mudah untuk ditanam. Kacang tanah biasanya digunakan dalam kuah kacang dan juga nasi lemak. Selain membelinya di kedai, anda juga sebenarnya boleh sahaja tanam sendiri kacang tanah di rumah.

Tak tahu macam mana nak tanam? Jangan risau, berikut kami kongsikan penulisan Puan Liyana Mohd Poad cara tanam kacang tanah guna polibeg sahaja. Mudah dan pasti menjadi.

Baca juga: Api Dapur Gas Bertukar Jadi Oren, Ini Cara Nak Kembalikan Api Biru Macam Baharu!

CARA TANAM KACANG TANAH GUNA POLIBEG, 3 BULAN DAH DAPAT HASIL

KACANG TANAH

1. Beli kacang tanah dari kedai runcit. Saya beli RM3. Ambik 1/4 sahaja dari paket tu. Jangan membazir.

2. Rendam kacang tanah dengan air paip selama 3 hari 3 malam. Rendam paras kacang sahaja. Jangan terlalu banyak air. Tukar air selalu sebab air akan diserap.

3. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah seperti dalam gambar. Boleh terus tanam dalam pasu atau polibeg. Jangan tanam awal sangat. Tanam dalam pasu atau polibeg. Jangan dalam sangat tanamnya. Agak-agak 2cm cukup.

4. Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros + 4 genggam pasir halus. Tak perlu cocopeat atau sekam padi.

5. Jagaan paling mudah. Siram dua kali sehari dan letak baja organic seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja.

6. Selepas dua bulan setengah ke 3 bulan, dah boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Kalau nak dapatkan banyak isi, tunggu 4 bulan, baru tuai.

Yang paling best tanaman ni tak gaduh ada segala macam penyakit macam pokok cili atau sayur berdaun lain. Tanam, siram, tinggal sahaja. Mudah kan? Selamat mencuba semua.

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×