DIY & Kraf

Api Dapur Gas Bertukar Jadi Oren, Ini Cara Nak Kembalikan Api Biru Macam Baharu!

4
SHARES

Kalau anda sering ke dapur, pasti perasan api dapur gas bertukar daripada warna biru menjadi oren. Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh menyebabkan periuk bertukar warna hitam dan mudah terbakar.

Rugi kalau periuk tersebut mahal tetapi terpaksa dibuang kerana tidak dapat digunakan lagi. Kalau anda hadapi masalah api dapur gas menjadi oren, ini cara betulkannya seperti perkongsian Kak Nana di laman Facebook.

Baca juga: Api Dapur Gas Makin Kecil? Lelaki Ini Kongsi Cara Api Kembali Besar & Kuat

API DAPUR GAS BERTUKAR JADI OREN, INI CARA NAK KEMBALIKAN API BIRU

Nampak tak api jadi warna oren? Kalau letak periuk atau kuali, tak sampai seminit terus hitam periuk tu. Bahaya tau!

1. Pusingkan tanda anak panah tersebut.

2. Pusing sehingga tidak menutup lubang tersebut (seperti dalam gambar)

3. Api akan bertukar menjadi biru dan boleh digunakan semula. Tak perlu beli dapur gas baru. Tak payah nak pening-pening kepala sental periuk atau beli dapur gas baru. Alhamdulillah jimat duit.

Jangan risau, kalau anda menggunakan dapur kaca, boleh cuba tips yang dikongsi oleh pengguna Facebook di bawah.

Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Kak Nana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×