Dapur

Ada Banyak Cara Nak Hilangkan Gatal & Miang Sayur Keladi, Confirm Tak ‘Menggaru’ Dah

1K
SHARES
sayur keladi

Kalau nak masak sayur keladi, pastikan guna cara dan teknik yang betul. Ini bertujuan untuk mengelakkan gatal di bahagian tekak dan juga tangan.

Kalau salah teknik, memang rugi kerana terpaksa dibuang. Di bawah ini penulis kongsikan beberapa cara hilangkan gatal dan miang sayur keladi. Selamat mencuba!

Baca juga: Ayam Dalam Tempat Beku Selalu Lebam & Kuning, Cuba Lumur Guna Bahan Ini Sahaja..

CARA HILANGKAN GATAL SAYUR KELADI, SENANG SANGAT

sayur keladi

Terdapat beberapa cara yang boleh dicuba:

1. Buang kulit batang keladi sampai habis. Rebus di dalam air yang dicampur asam keping.

2. Buang kulit batang keladi sehingga bersih. Basuh menggunakan air beras dan rebus di dalam air yang dicampur asam keping.

3. Buang kulit sehingga bersih. Lumurkan dengan garam sehingga kecut dan cucikan.

4. Cuci bersih batang keladi dan rebus. Campurkan dua sudu minyak masak. Jangan terlalu banyak.

5. Rebus batang sayur keladi dengan buah pinang. Dah masak, buang air dan cuci hingga bersih.

6. Siang batang sayur keladi dan buang getahnya. Rendam dalam air kapur selama 5 minit. Cuci bersih dan rebus di dalam air yang dicampur garam sehingga masak.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan tidak semua orang boleh makan keladi ini. Kalau alergik kena elakkan. Bahaya!

KEBAIKAN MAKAN UBI KELADI

1. Kaya dengan serat  

Setiap 132 gram sayur keladi yang dimasak mempunyai 187 kalori. Ia juga mengandungi:

  • Serat:
  • Vitamin B6
  • Vitamin E
  • Kalium
  • Kuprum
  • Vitamin C
  • Fosforus
  • Magnesium

2. Bantu kawal gula dalam darah

Terdapat dua jenis karbohidrat dalam sayur keladi yang mampu membantu mengawal gula dalam darah. Kajian mendapati bahawa diet serat tingg boleh mengurangkan paras bacaan gula dalam darah sebanyak kira-kira 10 mg/dl untuk penghidap diabetes jenis 2.

3. Kurangkan risiko penyakit jantung

Kajian mendapati sekiranya anda makan lebih banyak sayur keladi, risiko penyakit jantung akan lebih rendah. Selain itu, ia juga mampu menurunkan bacaan kolesterol.

4. Melawan sel kanser

Sebatian berasaskan tumbuhan yang dipanggil polifenol mampu mengurangkan risiko kanser. Ia juga berfungsi sebagai merupakan antioksidan yang mampu melindungi badan daripada kerosakan radikal bebas berkaitan dengan kanser.

5. Menurunkan berat badan

Sayur keladi mengandungi serat yang tinggi. Ini boleh menyebabkan anda kenyang lebih lama berbanding biasa.

6. Bagus untuk usus

Kandungan serat yang tinggi boleh menjaga kesihatan usus. Ini bermakna sayur keladi boleh membantu melindungi daripada penyakit seperti radang usus dan kanser.

Wah! Banyak juga manfaat sayur keladi yang ramai tak tahu. Jom amalkan.

Pastikan cuci betul-betul dan bersih ya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Awet Muda, Tiap Hari Benamkan Bawang Putih Dalam Nasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×