40 Minggu

Wanita Ini Kongsi Petua Mudah Bersalin Dengan Makan Laksa Atau Sayur Keladi, Biar Betul?

1
SHARES
persiapan ibu bersalin

Pelbagai persiapan ibu bersalin dilakukan, bagi menghadapi akan hari yang penuh debaran itu. Selain menyediakan kelengkapan bersalin, ada juga para ibu yang mengamalkan pelbagai petua sepanjang proses kehamilan. Ini termasuklah petua melalui makanan seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Lini Sharoni.

Puan Lini menceritakan, amalan yang dilakukan sewaktu mengandungkan anak keempatnya, dengan memakan laksa dan sayur keladi sewaktu usia kandungan 8 bulan ke atas. Di mana, ia telah memberi kesan positif sewaktu proses kelahiran anaknya. Mari ikuti kisah ini di bawah.

Baca juga: Kejap Sedih, Sekejap Murung, Ini 5 Jenis Emosi Isteri Dalam Pantang, Suami Kena Peka!

PERSIAPAN IBU BERSALIN

persiapan ibu bersalin

Peringatan mesra buat pembaca, petua ini hanyalah sebagai usaha lain untuk memberikan yang terbaik kepada anda dan kandungan. Kita yang mengamalkan, tetapi Allah SWT yang mengizinkan.

Sebelum menikmatinya, adalah lebih baik mendapatkan nasihat dari doktor yang merawat anda. Ia bagi mengelak dari sebarang kemudaratan. Manalah tahu, anda mempunyai alahan kepada sesuatu makanan atau komplikasi lain. Selamat membaca!

PETUA IBU HAMIL BAGI MUDAH PROSES BERSALIN

persiapan ibu bersalin

Petua ini untuk ibu-ibu mengandung bagi mudah melahirkan bayi, Insya Allah. Kak Lynn nak kongsi petua untuk ibu-ibu mengandung yang bakal melahirkan. 

Laksa utara, laksa lain tak pasti. Pengalaman Kak Lynn masa melahirkan anak ke-4, sakitnya cuma +- 15 minit sahaja dengan jarak kelahiran bayi.

Masa kandungan masuk 8 bulan, masa itu balik kampung. Jumpa dengan anak sepupu mak. Dia bagi petua.

“Dekat-dekat nak bersalin nanti hang makan kerap sikit sayur keladi, tak pun laksa. Hari-hari pun tak apa, Insya Allah mudah hang bersalin.”

Memang Kak Lynn amal sebab anak sulung lahir cara pembedahan. Anak kedua dan ketiga Kak Lynn ambil epidural sebab masa anak pertama tu tak buka jalan walaupun dah seharian pecah ketuban.

RUPANYA NAK BERSALIN MASA PERGI PERIKSA KANDUNGAN TAPI TAK RASA SAKIT

persiapan ibu bersalin

Lepas diberi petua itu, memang Kak Lynn makan laksa dan sayur keladi sekerap mungkin. Dan bila hampir 2 minggu nak bersalin tu hari-hari beli laksa. Alhamdulillah, hari melahirkan tu sebenarnya nak pergi check up je, pagi. Tak sakit apa pun.

Tiba-tiba doktor cakap dah boleh bersalin hari ini. Terus kena tahan hospital. Relaks borak-borak dengan suami sambil check jantung bayi.

Tengah hari doktor tengok semula terus suruh masuk labour room. Tak sampai 15 minit pun, rasa Kak Lynn. Sakit yang betul-betul sakit melahirkan tu, terus bayi keluar tanpa ubat induce tanpa epidural.

Alhamdulillah, 100% normal. Jarak antara anak no.3 dan no.4 saya 5 tahun.

Petua Kak Lynn untuk yang bakal melahirkan tu, makanlah laksa sekerap mungkin. Sayur keladi susah sikit nak cari dekat bandar-bandar ni. Takut dapat yang gatal pulak nanti, masalah lain pula datang. Jadi, makan laksa sahaja.

AMARAN!

Kandungan yang 7 bulan ke bawah jangan makan kerap pula laksa. Takut terbesalin awal pula nanti. Maklumlah laksa ini susah sikit nak jemu. Yang tak mengandung pun boleh sahaja makan hari-hari sebab sedap hehe.

EDITED: Saya kongsi petua. Alhamdulillah, saya amal dan diizin Allah jadi saya kongsi. Dan yang terbaru ini adik ipar pun amalkan. Dia pun cakap, kali ini mudah sangat dia bersalin (baru minggu lepas). Dan apa pun, semuanya degan izin Allah sahaja.

Sumber: Facebook Lini Sharoni via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×