Percutian

Lebih 20 Kali Pernah Melawat Kota Al Ula, Wanita Ini Pesan Hidup Ini Kena Ada Ilmu

2
SHARES
kota al ula

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kota Al Ula yang terletak di Arab Saudi. Umum mengetahui kota tersebut dilaknat oleh Allah SWT dan umat Islam tidak dibenarkan berkunjung di sana.

Walau bagaimanapun, menurut perkongsian Puan Wahida Shukeri yang sudah menetap di Arab Saudi selama 4 tahun, beliau menjelaskan bahawa kota tersebut besar dan terdapat beberapa tempat yang tidak dilaknat.

Baca juga: WOW! Lebih 70 Tempat BEST Ada Di Terengganu, Jom Kita Pakat Pergi Ganu!

WANITA KONGSI PENGALAMAN LEBIH 20 KALI KE KOTA AL ULA

 Kota Al Ula

Ini Habitas Al Ula. Tak dilaknat dalam Al Ula.

Jelasnya, mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu bahawa Al Ula ini tempatnya terlalu besar. Ada sekolah, masjid, hosiptal, lapangan terbang dan lain-lain.

“Bukan sis tak tahu tentang larangan ke Al Ula. Surely tahu, dah nama pun tempat yang dilarang sebagai orang Islam untuk ke sana. Tapi mungkin ramai yang memang tak tahu Al Ula ini besar.

“Al Ula tempat orang tinggal bertahun-tahun, ada sekolah, ada masjid, ada hospital, ada airport, ada pejabat kerajaan, ada semua lah. Kalau Al Ula haram untuk pergi dan didiami, mestilah tak ada orang di Al Ula tu, kan orang Arab Saudi kan semua Muslim,katanya.

Bukan itu sahaja, beliau turut menjelaskan bahawa Madain Saleh (Hegra) adalah merupakan tempat yang tidak boleh dikunjungi oleh umat Islam.

 Kota Al Ula

Ini Elephant Rock. Tak dilaknat dalam Al Ula.

Tempat tersebut terletak 30km kira-kira 20 minit dari Kota Al Ula. Kalau nak masuk Madain Saleh, anda memerlukan permit dan tidak dibenarkan suka-suka sahaja.

“Jangan risau la sampai nak terbang kalau boleh tak nak lalu situ. Ada banyak lagi jalan lain yang tak perlu pun lalu situ. Madain Saleh tu orang Arab Saudi tak sebut Madain Saleh. Orang dia akan sebut Sin City of Madain Saleh. Saya sendiri pun tak pernah pergi dan tak ada keinginan nak pergi Madain Saleh tu,” ujarnya.

Menurut Wahidah, sudah lebih 20 kali beliau pergi Al Ula untuk bercuti kerana banyak resort dan chalet baru sudah dibuka.

Jadi jangan lah nak mendosakan orang atau nak melaknat orang hanya sebab dia ke Al Ula. Al Ula tu, Rasulullah pun pernah solat dekat situ. Hidup ini kena berilmu, rajin membaca, rajin bertanya. Wallahualam.

Semoga bermanfaat dan belajarlah ilmu baru setiap hari.

Baca juga: Senarai Port Camping Menarik Di Semenanjung, Boleh ‘Healing’ Dengan Kawan

Sumber: Facebook Wahidah Shukeri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×