Nur

Selain Madain Saleh di Al Ula, Ini 4 Lokasi DILAKNAT Allah SWT & Hukum Pergi Berkunjung!

23
SHARES
hukum mengunjungi lokasi dilaknat

Baru-baru ini, isu seorang selebriti Malaysia berkunjung ke Kota Al Ula telah membuka mata masyarakat Malaysia berkenaan sejarah tempat tersebut. Perihal itu secara tidak langsung telah mengajak umat Islam di sini untuk mendalami ilmu baru iaitu mengenai hukum mengunjungi lokasi dilaknat oleh Allah SWT.

Justeru itu, mari ikuti penjelasan di bawah berkenaan hukum mengunjungi lokasi dilaknat Allah SWT dan senarai lokasi yang pernah menerima azab dari-Nya.

Baca juga: 11 Jenis Doa Ketika Anak Menghadapi PEPERIKSAAN & Amalan Ibu Bapa Boleh Lakukan!

HUKUM MENGUNJUNGI LOKASI DILAKNAT OLEH ALLAH SWT

hukum mengunjungi lokasi dilaknat

Gambar: Qasr Al-Farid di Madain Saleh – Wings Mirul

Hukum melawat ke lokasi yang pernah dilaknat Allah SWT adalah makruh dan perlu menjauhi kawasan berkenaan atau sekadar melewati untuk mengambil pengajaran. Malah, terdapat pandangan ulama bahawa hukum untuk ‘menziarahi’ atau bersuka ria di tempat yang pernah dilaknat adalah haram.

Dipetik dari Harian Metro, Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, menyatakan larangan Nabi SAW berkunjung ke Madain Saleh bukan bersifat haram mutlak seperti haramnya zina, minum arak dan sebagainya.

“Pertama, kita kena faham larangan Nabi SAW terhadap Madain Saleh bukan bersifat haram mutlak, seperti mana haramnya arak dan zina, tapi larangan itu bersifat makruh. Ini kerana terdapat hujah dan dalil lain, yang mana Nabi SAW tak larang, tapi menyarankan agar sesiapa yang melalui tempat itu termasuk kawasan dilaknat lain, Nabi minta sahabat menangisi dan muhasabah. Itu antara tegasan Nabi.

“Nabi SAW tidak kata jangan pergi kawasan dilaknat, tapi nangis dan insafi atas diri kita. Pergi ke sana bukan hanya untuk bersuka ria, berhibur. Pergi situ ambil iktibar dan apabila pulang, ceritakan pengajaran yang ada kepada orang sekeliling di negara kita. Jadi, apa yang dibuat Zul Ariffin dengan berkongsi di IG itu tak salah,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau juga menasihatkan agar masyarakat jangan mendahului mufti dalam perkara ini. Hal ini kerana, belum ada sebarang hukum atau fatwa melarang ziarah tempat-tempat berkenaan dari mufti. Malah, ulama antarabangsa dan Arab Saudi pun membenarkan.

“Dalam ayat al-Quran sendiri ada menyebut, ‘maka berjalanlah kamu di atas muka bumi ini dan lihatlah bagaimana Allah mengazab kaum yang mengingkari Allah dan Rasul’. Maknanya, hadis Nabi yang melarang ke Al Ula perlu dibaca bersama ayat al-Quran ini.

“Kalau dilarang ke Al Ula, perlu juga dilarang ke Laut Mati di Jordan, ziarah Piramid di Mesir, bahkan dilarang juga menziarahi muzium yang ada firaun besar. Jadi, tak wajar mereka yang ke sana dikecam.” katanya lagi.

Baca juga: Cara Basuh Kemaluan Lelaki & Perempuan Menurut Islam, Beribadat Pun Tak Rasa Was Was

5 LOKASI DILAKNAT ALLAH SWT

Mari lihat senarai lokasi pelancongan yang pernah dilaknat Allah SWT terhadap umat terdahulu oleh kerana perbuatan terkutuk mereka.

1. Madain Saleh (Hegra) di Kota Al Ula, Arab Saudi

hukum mengunjungi lokasi dilaknat

Gambar: Wings Mirul

Madain Saleh adalah kota kuno yang terletak di wilayah utara Hijaz dan suatu masa dulu, tempat ini dihuni oleh kaum Tsamud iaitu kaum Nabi Saleh a.s. Mereka dianggarkan hidup sejak 3,000 tahun sebelum Masihi di antara zaman Nabi Nuh AS hingga ke zaman Nabi Musa AS.

Kaum Tsamud diazab dan dibinasakan dengan gempa bumi yang dahsyat kerana mendustakan nabi dan membunuh unta Nabi Saleh a.s.

Firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.”

(Surah Hud, ayat 67)

Pada 2008, tapak ini telah digazetkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

2. Negeri Kaum Ad

Kaum Ad hidup di jazirah Arab, di suatu tempat bernama Al-Ahqaf yang terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Oman. Mereka kaum penyembah berhala bernama Shamud, Shada dan al-Haba.

Dalam sejarah, terdapat dua kaum Aad. Kaum Ad awal atau pertama dan kaum ‘Ad akhir atau kedua. Nabi Hud diutus pada kaum Aad awal.

Kaum Ad dibinasakan oleh Allah SWT kerana kekufuran mereka dan tidak pernah merasa puas dengan segala kemewahan dan kemegahan yang mereka peroleh.

Allah SWT berfirman:

“Maka (masing-masing menerima azab dunianya) – adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya. Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.”

(Surah Al-Haqqah, ayat 5-7)

3. Laut Mati (Dead Sea) atau Kota Sodom

hukum mengunjungi lokasi dilaknat

Gambar: wiki / phinemo

Kaum Nabi Luth A.S dihancurkan kerana melakukan perbuatan keji seperti merompak, mencuri serta melakukan seks dengan jantina sejenis iaitu homoseksual. Walapun sudah diingatkan oleh Nabi Luth A.S, namun umatnya tidak mahu menuruti perintah Allah SWT hinggakan ditimpa azab yang sangat pedih.

Berdasarkan penerangan cendekiawan Islam, umat Nabi Luth A.S adalah di Kota Sodom iaitu di daerah yang sekarang dikenali dengan nama Laut Mati, di sempadan antara Israel dan Jordan.

Berdasarkan ahli arkeologi pula, mereka menyatakan sekitar 1,800 hingga 2,350 Sebelum Masihi, terdapat kehidupan di tempat berkenaan dan kehidupan itu mati akibat gempa bumi dan ditimpa dengan batu-batu.

Firman Allah SWT:

“Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri Kaum Luth itu diterbaliknya (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar menimpanya bertalu-talu.”

(Surah Hud, ayat 82)

Baca juga: Ini 8 Amalan Ayat-Ayat Syifa’ Sebagai Ikhtiar, Bantu Legakan Sakit MAK AYAH!

4. Laut Merah atau Laut Kulzum

hukum mengunjungi lokasi dilaknat

Gambar: Wings Mirul

Laut Merah terletak di Lautan Hindi, di antara benua Afrika dan Asia yang berada di utaranya Semenanjung Sinai, Teluk Aqabah dan Terusan Suez.

Siapa yang tidak tahu tentang kisah Firaun? Firaun dan tenteranya diazab Allah SWT dengan cara ditenggelamkan di Laut Merah. Laut Merah menjadi bukti Allah SWT Maha Berkuasa dan saksi kekuasaan-Nya menyelamatkan Musa dari pasukan Firaun yang merupakan raja dzalim.

Beberapa penemuan sejarah membuktikan ayat al-Quran bahawa ia adalah lokasi Firaun tenggelam bersama tenteranya ketika memburu Nabi Musa AS.

Firman Allah SWT:

“Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.”

(Surah al-A’raf, ayat 136)

5. Kota Pompeii, Itali

hukum mengunjungi lokasi dilaknat

Gambar: rileklah / wiki

Kota Pompeii terletak di sebelah timur Gunung Vesuvius, Kota Naples, Itali yang didirikan sekitar abad ketujuh atau keenam sebelum Masihi oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Masyarakat Pompeii menjadikan kota itu sebagai kota pelacuran dan aktiviti seks bebas.

Kehancuran kota Pompeii berlaku secara tiba-tiba tanpa disedari masyarakat tersebut, selepas terjadinya letusan gunung Vesuvius. Lebih mengejutkan, penemuan tubuh manusia yang menjadi batu itu berada dalam posisi seperti sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat.

Situasi ini tidak mustahil berlaku kerana dalam al-Quran banyak firman Allah SWT mengenai bencana yang berlaku secara tiba-tiba terhadap kaum dulu kala yang melakukan kezaliman. Antaranya, menerusi surah Yaasin ayat 29, Allah berfirman:

“(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.”

(Surah Yaasin Ayat : 29)

Baca juga: Ini Hukum Cukur Bulu Kemaluan Lelaki & Wanita, Jangan Simpan Hingga Langgar Tempohnya!

Sumber: Harian Metro / Wings Mirul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×