Rakyat

Tiada Lagi Had Umur & Bilangan Jemaah Haji Bermula Tahun Ini

6
SHARES

Umum mengetahui, haji merupakan rukun Islam kelima dan terbaharu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa tiada lagi had bagi bilangan jemaah haji dan juga had umur selepas tiga tahun dikenakan sekatan untuk mengawal Covid-19.

Menurut Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq al-Rabiah, bilangan jemaah haji yang bakal dilaksanakan pada bulan Jun tahun ini akan kembali seperti biasa tanpa ada sebarang had umur.

Baca juga: Bermula 16 Januari Ini Peperiksaan STAM 2022 Akan Dijalankan

TIADA LAGI HAD UMUR & BILANGAN JEMAAH HAJI BERMULA TAHUN INI

Sebelum ini, jemaah haji hanya dihadkan untuk individu di bawah umur 65 tahun yang menerima vaksinasi lengkap. Selain itu, visa umrah juga akan dipanjangkan dari 30 hari kepada 90 hari.

“Mana-mana pengunjung yang datang ke Arab Saudi dengan memegang apa-apa jenis visa boleh melaksanakan ibadah umrah dan melawat Madinah,” jelasnya.

Kerjasama yang dijalinkan dengan beberapa pihak mampu meningkatkan pengalaman budaya untuk pengunjung selepas selesai melakukan ibadah.

Pihaknya juga berharap ia mampu membangunkan dan mengaktifkan tapak-tapak sejarah Islam yang berkaitan dengan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Saudi Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×