Rakyat

Bermula 16 Januari Ini Peperiksaan STAM 2022 Akan Dijalankan

3
SHARES

Bermula 16 hingga 19 Januari, 30 dan 31 Januari serta 2 Februari seramai 4,634 pelajar telah berdaftar untuk Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peperiksaan STAM tahun 2022 itu akan dijalankan di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Baca juga: MAIS Tak Iktiraf Pernikahan Di Thailand Kalau Tak Daftar Di Jabatan Agama

BERMULA 16 JANUARI INI PEPERIKSAAN STAM 2022 AKAN DIJALANKAN

 

“KPM ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM tahun 2022 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” katanya.

Jadual waktu peperiksaan STAM tahun 2022 boleh dimuat turun dari laman web http://lp.moe.gov.my. Semua calon diingatkan untuk membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Calon dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan segalanya lancar dari segi pengurusan pengendalian peperiksaan STAM tahun 2022.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×