Rakyat

[TERKINI] Arab Saudi Benarkan Wanita Tunaikan Umrah Tanpa Penjaga Lelaki Atau Mahram

2
SHARES

Bagi mengelakkan masalah keliru dan untuk menamatkan kontroversi mengenai sama ada mahram diperlukan untuk mengiringi jemaah wanita, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah akhirnya mengumamkan bakal jemaah wanita mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram.

Baca juga: Arab Saudi Benarkan Kanak-Kanak Semua Peringkat Umur Masuk Masjidil Haram

ARAB SAUDI BENARKAN WANITA TUNAIKAN UMRAH TANPA PENJAGA LELAKI ATAU MAHRAM

Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi berkata wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain. Halabi berkata keputusan ini sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.

Selain itu, tiada kuota untuk jumlah visa umrah dikeluarkan kepada umat Islam dari seluruh dunia dan mana-mana orang Islam yang datang dengan apa-apa jenis visa boleh menunaikan umrah.

Arab Saudi juga mengurangkan kos mengerjakan haji dan umrah dengan menggunakan robot untuk menyediakan perkhidmatan kepada jemaah.

“Ini termasuk menggunakan robot untuk menyediakan beberapa perkhidmatan kepada jemaah serta membangunkan platform Nusk, yang menyediakan banyak kemudahan untuk jemaah dan pengunjung Masjidil Haram. Boleh menempah permit umrah melalui platform dalam tempoh yang singkat, dan selepas itu, visa boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam,” ujarnya.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×