Dapur

Individu Dedah 44 Jenis Ulam Yang Sesuai Buat NASI ULAM KEDAH, Wow Banyaknya Patutlah Sedap!

16
SHARES
nasi ulam kedah

Di Malaysia, nasi ulam berasal daripada Kedah dan disebabkan itu ia dinamakan sebagai Nasi Ulam Kedah. Bahan-bahannya terdiri daripada nasi yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus bawang, kerisik, kelapa parut dan isi ikan yang digoreng.

Selain itu, ia juga mempunyai campuran pelbagai jenis daun ulam. Justeru itu, di bawah penulis telah senaraikan 44 jenis daun ulam yang sesuai digunakan untuk menu Nasi Ulam Kedah berserta resipinya.

Baca juga: Idea ‘Hipster’ Buat Onde-Onde Versi Coklat, Bila Ngap Terus Cair Di Mulut!

NASI ULAM KEDAH

nasi ulam kedah

Gambar: Hotel RHR

44 JENIS ULAM UNTUK BUAT NASI ULAM UTARA

Berikut merupakan daun ulam-ulaman yang boleh digunakan untuk membuat menu Nasi Ulam Kedah:

  1. Daun selom
  2. Daun kesum
  3. Daun kunyit
  4. Daun kaduk
  5. Pegaga
  6. Daun sekentut
  7. Pucuk daun kari
  8. Pucuk limau purut
  9. Pucuk daun mangga
  10. Bunga betik
  11. Daun keremak
  12. Pucuk petai
  13. Ulam raja
  14. Pucuk pokok asam gelugor
  15. Daun kemangi
  16. Daun belalai gajah
  17. Pucuk mengkudu
  18. Daun timba tasik
  19. Pucuk janggus
  20. Pucuk beluntas
  21. Pucuk tenggek burung
  22. Pucuk dakap anak
  23. Pucuk jambu batu
  24. Pucuk cabang 3
  25. Daun goncaq
  26. Daun sambung nyawa
  27. Daun lemuni
  28. Daun bebuas
  29. Daun selasih
  30. Daun halban
  31. Daun mata itik
  32. Pucuk jering
  33. Pucuk putat
  34. Daun samak
  35. Pucuk ara lempung
  36. Daun mediang
  37. Daun pudina
  38. Daun jerum
  39. Pucuk ubi
  40. Cekur
  41. Pucuk salang
  42. Daun gorek
  43. Daun cemumaq
  44. Daun peria pantai

Baca juga: Tips Buat Hidangan Nasi Ayam ‘Terlajak’ Sedap, Walau Pun Bahan Tak Lengkap!

Baca juga: Resipi Bancuhan Roti Sardin Gulung Goreng Tepung, Nak Betul-Betul Rangup Buat Tips Ini!

RESIPI NASI ULAM KEDAH

nasi ulam kedah

Gambar: Zurida Hassan

Dah alang-alang anda tahu jenis ulam-ulaman apa yang digunakan, jom lihat resipi Nasi Ulam Kedah seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi panas
  • 1 keping ikan tenggiri masin – goreng dan ambil isinya
  • 4 sudu kerisik

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 4 batang serai
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 5 ulas bawang merah

Bahan-bahan ulam:

  • Daun kaduk – hiris halus
  • Daun selom – hiris halus
  • Daun kesum – hiris halus
  • Ulam raja – hiris halus
  • Daun kemangi – hiris halus
  • Pucuk gajus – hiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan – hiris halus

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan nasi, isi ikan, kerisik, bahan tumbuk halus dan ulam-ulaman ke dalam bekas dan gaul sehingga sebati.
  2. Ia sedia dinikmati bersama lauk kegemaran anda.

Baca juga: Peniaga Murah Hati Kongsi Tips SAMBAL RONGGENG Garing Menyengat & Bertahan 3 Bulan!

Sumber: Sara Saad / Hotel RHR

FT Image: TikTok Saji / Zurida Hassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×