Kewangan

Cara Peniaga Enterprise Ambil Gaji Diri Sendiri, Kalau Silap Langkah Boleh Muflis!

13
SHARES
peniaga enterprise

Sebagai pemilik peniaga enterprise, mengambil gaji untuk diri sendiri adalah satu langkah penting untuk memastikan aliran tunai perniagaan kekal stabil sambil memenuhi keperluan peribadi.

Oleh kerana struktur perniagaan enterprise tidak membezakan antara kewangan perniagaan dan peribadi, pemilik perlu bijak  mengurus gaji seperti cara di bawah.

Baca juga: Itinerari 11 Hari Percutian Di Kunming China Bersama Suami, Bajet Kurang RM2.5K Seorang!

CARA PENIAGA ENTERPRISE AMBIL GAJI UNTUK DIRI SENDIRI

peniaga enterprise

Kredit: Freepik

1. Jumlahkan komitmen peribadi setiap bulan

Senaraikan apa yang perlu dibayar seperti:

  • Kereta
  • Rumah
  • Belanja dapur
  • Duit belanja sekolah anak
  • Duit poket

Jumlahkan semua ikut jumlah bulan-bulan sebelum. Bila dah dapat jumlah ini, ambil sekaligus setiap bulan atau ambil 2 kali dalam sebulan.

Pindahkan dari akaun syarikat ke akaun sendiri tulis ‘gaji owner’.

2. Jangan sesekali bayar komitmen peribadi guna akaun syarikat

Akaun syarikat guna untuk bayar kos-kos bisnes sahaja. Gaji staf, sewa pejabat, bil eletrik pejabat dan sebagainya boleh guna akaun syarikat.

Asingkan perbelanjaan peribadi dan syarikat akan mencantikkan transaksi akaun bisnes anda.

3. Peniaga enterprise – konsisten rekod dan simpan resit transfer ‘gaji owner’

Jangan tukar-tukar rujukan, pastikan tulis ‘gaji owner’ untuk memudahkan juruakaun mengira berapa jumlah gaji yang diambil oleh pemilik enterprise.

4. Buat aliran tunai setiap bulan untuk bisnes dan peribadi

Monitor kemana duit anda pergi. Perbelanjaan apa yang paling besar dan di mana boleh jimatkan duit.

5. Pemilik perniagaan tidak perlu buat slip gaji

Hal ini kerana ia tidak laku di bank atau di mana-mana sahaja. KWSP dan Perkeso juga tidak wajib namun kalau nak buat, tiada masalah.

Perlu diingatkan ia tidak membantu sekiranya anda ingin membuat pinjaman bank.

Baca juga: Cikgu Batalkan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sehari Sebelum, Guna Alasan Tak Cukup Bajet

Sumber: Facebook Syafiq Suhaimi & CO

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×