Menerusi laman media sosial milik seorang wanita dikenali sebagai Nasiha, dia ada kongsikan itinerari ke Kunming selama 11 hari berada di sana bersama suami tersayang.
Lebih menarik lagi, percutian selama 11 hari ini merangkumi beberapa daerah di Yunnan, China. Jadi, ikuti perkongsian penuh di bawah.
Baca juga: Taman Tema Air Indoor Sesuai Untuk Anak, Monkeys Splash Zone Kini Dibuka Di Cheras!
ITINERARI KE KUNMING, CHINA SELAMA 11 HARI 10 MALAM
Hari pertama – 1/1/2025
– Penerbangan ke Kunming mengambil masa 3 jam 34 minit
Hari kedua – 2/1/2025
– Tiba di Kunming jam 1.35am dan makan makanan halal.
– Seterusnya, menggunakan Didi (e-hailing) untuk ke Kunming Railway Station.
– Perjalanan Kunming ke Dali mengambil masa 2 jam 15 min.
– Tiba di Dali ambil Didi untuk ke hotel dan hantar bagasi.
– Jalan kaki ke Dali Old Town, kemudian check-in hotel dan rehat
– Keluar dan sewa e-bike ke Erhai Lake.
– Pulangkan e-bike, makan malam dan balik hotel.
Hari ketiga – 3/1/2025
– Keluar ke Masjid Dali (South Gate)
– Beli roti halal berdekatan masjid dan makan tengah hari.
– Jalan-jalan Dali Old Town (beli cenderamata)
– Balik hotel, rehat dan solat.
– Sewa e-bike untuk pusing Old Town.
– Makan malam dan balik hotel.
Hari keempat 4/1/2025
– Jam 10.30am check out hotel.
– Kemudian guna Didi ke Dali Railway Station Train untuk pergi Lijiang.
– Perjalanan Dali ke Lijiang mengambil masa 2 jam 32 minit.
– Setibanya di Lijiang, guna Didi ke hotel.
– Makan dan jalan-jalan ke Lijiang Old Town.
– Balik ke hotel.
Hari kelima – 5/1/2025
– Jam 11am pergu Zhongyi Market (beli pisang & blueberries)
– Makan tengah hari dan guna Didi untuk ke Yuhu Village.
– Beli tiket buggy. Ada 2 check point (yuhu village & yuhu lake)
– Didi balik ke hotel (rehat)
– Makan malam dan jalan-jalan di Lijiang Old Town.
Hari keenam – 6/1/2025
– Jam 11am, ejen lokal ambil di hotel untuk ke:
- Jade dragon snow mountain
- Blue moon valley
- Lijiang impression show
- Black dragon pool
– Makan tengah hari dan balik hotel.
Hari Ketujuh – 7/1/2025
– Pusing Lijiang Old Town dan beli barang.
– Cari port bergambar, makan tengah hari dan balik hotel.
– Pergi Lijiang International Shopping Square.
– Makan malam dan jalan-jalan di Puding Lijiang Old Town.
– Balik hotel
Hari kelapan – 8/1/2025
– Check out hotel dan guna Didi ke Lijiang Railway Station untuk Shangri-La.
– Sampai tempat kereta api, owner hotel akan pickup untuk pergi hotel.
– Makan tengah hari dan pusing Dukezong Ancient Town.
– Didi ke Heidou Cafe. Nak masuk kena beli kopi.
– Didi ke hotel, sewa costume dan makan malam.
Hari kesembilan – 9/1/2025
– Ejen lokal ambil di hotel untuk ke Balagezong:
- Bala Village
- Shambhala Stupa (main snow)
- Echo wall & glass floor
- Grand Canyon
– Jam 7pm sampai di Dukezong Old Town.
– Makan malam.
Hari kesepuluh – 10/1/2025
– Jam 6.30am hotel hantar ke ShangriLa Train Station Train ShangriLa – Kunming.
– Didi ke Shuncheng Mosque (solat jumaat)
– Beli cenderamata yang berdekatan masjid.
– Makan street food halal berdekatan masjid.
– Beli roti halal berdekatan masjid.
– Pusing-pusing kawasan berdekatan. Entrance fee kena beli kopi.
– Didi ke Airport Kunming Dinner kedai halal di airport Rehat.
Hari kesebelas – 11/1/2025
– Penerbangan balik ke Malaysia jam 2.30am.
Cara beli tiket kereta api:
– Beli di apps Trip.com
– Beli 2 minggu sebelum untuk pilih seat. Kalau sebelum 2 minggu, boleh reserve tapi tak boleh pilih seat.
Total percutian ini sebanyak RM4888.62 untuk dua orang. Diharapkan itinerari ke Kunming ini dapat membantu anda semua.
Amaran: Artikel ini merupakan temu ramah eksklusif Sirap Limau dengan pihak terbabit. Jadi, anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di laman website yang lain tanpa pemberian kredit yang tepat.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Itinerari Percutian Ke Ho Chi Minh, Selama 4 Hari Tak Cecah RM1500 Pun!
Sumber: TikTok Nasiha