Percutian

Taman Tema Air Indoor Sesuai Untuk Anak, Monkeys Splash Zone Kini Dibuka Di Cheras!

23
SHARES
MONKEYS SPLASH ZONE

Bermula hari ini, taman tema air berkonsepkan mesra kanak-kanak dibuka di Sungai Long, Cheras. Monkeys Splash Zone sesuai dijadikan pilihan terutama pada musim cuti sekolah akan datang.

Lebih menarik lagi, taman tema air ini adalah berbumbung sepenuhnya dan anda tidak perlu risau sama ada panas atau hujan. Boleh mandi puas-puas!

Baca juga: 41 Senarai Homestay Di Kedah Ada Kolam Renang, Anak Boleh Berendam Sampai Kecut!

MONKEYS SPLASH ZONE: TAMAN TEMA AIR SESUAI UNTUK ANAK

MONKEYS SPLASH ZONE

Waktu operasi Monkeys Splash Zone pula adalah bermula 10am hingga 8pm setiap Selasa sampai Jumaat. Manakala, hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10am hingga 10pm.

Harga tiket untuk masuk taman tema air Monkeys Splash Zone ini RM65 untuk dewasa dan RM45 bagi kanak-kanak.

Jangan risau, gelongsor di sini bukan hanya terhad untuk kanak-kanak sahaja kerana orang dewasa juga ada gelongsor tersendiri yang lebih mencabar.

Antaranya tarikannya adalah:

  • Whirlpool Whirl
  • Zoomie Glide
  • Double Dash
  • Giggling Geyser
  • Lost in Amazon
  • Kiddie Cove
  • Whacky Wave Pool

MONKEYS SPLASH ZONE

Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai serbu untuk gembirakan insan tersayang!

Alamat penuh:

Monkeys Canopy Resort
Lot 683, Jalan Persiaran Bukit Enggang Sg Long Hill, Sungai Long,
43200 Cheras, Selangor

Maklumat lanjut mengenai taman tema Monkeys Splash Zone boleh layari laman sesawang ini. 

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak Sangka Ada 100 Resort Menarik Di Perak Rupanya, Boleh Pilih Ikut Bajet Sendiri

Sumber: Monkeys Splash Zone

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×