Dah boleh rentas negeri ni mesti ramai yang tengah mencari tempat-tempat menarik untuk dilawati bersama keluarga dan anak-anak pada hujung minggu kan? Ada juga yang tidak melepaskan peluang bercuti ke luar negara untuk menikmati ‘angin baru’.
Buat anda yang tinggal di Lembah Klang dan masih belum berpeluang untuk merentas negeri, jangan risau kerana terdapat 10 tempat yang boleh dikunjung! Haa tak payah jauh-jauh pun ada tempat seronok tau. Lebih menariknya, boleh beli tiket masuk secara online sahaja. Kan dah jimat masa tu.
Baca juga: 6 Harga Promo Tiket Masuk Ke Tempat Menarik, Kena Booking Cepat!
10 LOKASI DI LEMBAH KLANG WAJIB BAWA ANAK
Tempat menarik yang wajib bawa anak jalan-jalan area Lembah Klang. Stress kan tak tahu nak bawa anak-anak pergi mana hujung minggu? Asyik terperuk dekat rumah sahaja memang boring la kan.
1. KL UPSIDE DOWN HOUSE
Salah satu tarikan terbaru di Menara KL ialah KL Tower Upside Down House. Ia dibina dengan konsep ‘Rumah Kotej’, dengan ‘Morris 1974’ antik digantung terbalik di pintu masuk. Ia memberikan pengalaman baru di mana bukan sahaja rumah, malah semua perabot di dalam rumah terbalik.
Beli tiket di: https://shp.ee/k7s4fip
2. BERJAYA TIMES SQUARE THEMEPARK
Berjaya Times Square Theme Park menampilkan pelbagai jenis permainan dan hiburan maya untuk percutian keluarga. Terletak di Aras 5 & 7 Berjaya Times Square, ia adalah Taman Tema Dalaman Terbesar Di Malaysia. Wow!
Beli tiket di: https://shp.ee/ftn9g5p
3. AQUARIA KLCC
Tersenarai antara salah satu daripada lima akuarium teratas Asia. Selami dunia dan hidupan akuatik di sini, dengan lebih 5,000 kehidupan akuatik yangada. Berjalan di sepanjang laluan bawah air sepanjang 90 meter untuk melihat pemandangan yang menakjubkan.
Beli tiket di: https://shp.ee/7khbbj7
4. KIDZANIA KUALA LUMPUR
Pembelajaran dan hiburan digabungkan dengan sempurna dalam replika berskala 80,000 kaki persegi. KidZania Kuala Lumpur dipenuhi dengan lebih 70 aktiviti main peranan untuk kanak-kanak, di mana mereka akan mempelajari semua tentang pekerjaan, wang dan dunia sebenar.
Beli tiket di: https://shp.ee/zj6ht
5. SUNWAY LAGOON
Tempat untuk berseronok dengan lebih 90 tarikan yang tersebar di kawasan seluas 88 ekar, Sunway Lagoon menyediakan pengalaman taman tema terbaik dan 6 zon pengembaraan — Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Ekstrem, Taman Scream & Nickelodeon Lost Lagoon.
Beli tiket di: https://shp.ee/shrmwfx
6. ZOO NEGARA
Mempunyai lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara meliputi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5km dari bandaraya Kuala Lumpur.
Beli tiket di: https://shp.ee/bvzfu97
8. WET WORLD SHAH ALAM
Wet World Waterpark terletak di Selangor (Wet World Shah Alam). Wet World ini sesuai untuk menganjurkan majlis berkumpulan, karnival, pesta, hari keluarga, dan sebagainya.
Beli tiket di: https://shp.ee/xd6n3df
9. SELANGOR FARM IN THE CITY
Konsep baharu yang unik menggabungkan unsur hidupan liar dan alam semula jadi. Berdasarkan nilai-nilai penduduk berbilang kaum dan budaya Malaysia, FITC direka menyerupai persekitaran perkampungan atau “kampung” biasa di Malaysia
Beli tiket di: https://shp.ee/dufe3i7
10. BANGI WONDERLAND THEME PARK
Luangkan hari anda dengan bersantai, berenang dan bermain di Bangi Wonderland. Terdapat 14 rides dan gelongsor yang hebat untuk dicuba!
Beli tiket di: https://shp.ee/hdnzpwf
Sumber: Facebook Nur Cahaya