Asuh

Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!

8
SHARES
taman tema

Sebut sahaja Disneyland, pastinya anda akan menggambarkan sebuah taman tema besar yang dipenuhi dengan permainan yang mengujakan sambil dihiasi dengan pelbagai watak kartun menarik seperti di Disneyland Shanghai.

Sudah tentu, ia merupakan tempat yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Jadi, bagi meraikan cuti persekolahan yang bakal tiba, berikut merupakan 10 tips mengendalikan anak-anak kecil di Disneyland seperti dikongsikan Syazwani Jani.

Baca juga: Masam Masam Manis: Percutian Bajet Pun Boleh Bahagiakan Keluarga, Ibu Kongsi ‘Plan’ Untuk Poket Marhaen!

TAMAN TEMA DISNEYLAND

taman tema

Gambar: Syazwani Jani

Dekat Malaysia lagi, encik suami cakap, “abang macam tak yakin nak bawa anak-anak, anak-anak kita ini ramai dan kuat makan.”

Sebagai mama super power rangers, “tak apa bang kita redah sahaja.” And we did it! Alhamdulillah.

taman tema

Gambar: Syazwani Jani

Baca juga: Berdebarnya Nak Lalu Sekatan Imigresen! Hafal 8 Tips ‘Rare’ Ini Kalau Nak Lepas Masuki Negara Orang

Tips mengendalikan anak-anak di Disneyland 

  1. Bawa bekal, beli banyak roti dan kek sebelum masuk dan tak perlu rehat mana-mana sebab sambil beratur boleh sambil makan.
  2. Tak usah sasar nak habiskan semua permainan, tenang dan berseronoklah dengan cara anda sendiri sebab Disneyland Shanghai ini terbesar di Asia jadi nak habiskan semua memang menangis!
  3. Masuk sahaja Disneyland main permainan yang nampak di depan mata sebab beratur menunggu sekejap sahaja dalam 30 minit.
  4. Tak perlu pergi kedai cenderamata awal-awal sebab bila keluar dari tempat permainan, memang kita akan masuk kedainya juga.
  5. Makanan memang wajib bawa secukupnya sebab dengan sejuknya anak-anak memang lapar setiap sejam.
  6. Cara saya lepas makan nasi baru boleh makan snek ke apa, kalau tidak anak-anak akan  minta makanan yang bukan-bukan, is a big NO to me.
  7. Saya bawa nasi dan nasi impit sebab saya ada 2 baby jadi makan nasi impit macam itu sahaja mereka dah gembira. 
  8. Beli tiket di Klook, memang murah sangat dan mudah, tebus tiket dekat pintu masuk utama sahaja.
  9. Air mineral sejuk ada di mana-mana sahaja, tak bawa pun tak apa.
  10. Masa beratur memang bagi upah gula-gula sahaja haha habislah gigi anak saya penuh karies nanti.

Baca juga: Kaki ‘Travel’ Kongsi 9 Tips Melancong DIY Ke Negara-Negara Eropah, Serius Lebih Jimat!

taman tema Disneyland

Gambar: Syazwani Jani

taman tema Disneyland

Gambar: Syazwani Jani

DrWaniGold, kaki travel!

Baca juga: Lelaki Ini Kata Maldives ‘Trip’ Paling Murah Dia Pernah Pergi, Nafi Mahal & Kongsi Tips Berguna!

Sumber: Syazwani Jani

FT Image: Josh Grenier / parkeology

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×