Percutian

Berdebarnya Nak Lalu Sekatan Imigresen! Hafal 8 Tips ‘Rare’ Ini Kalau Nak Lepas Masuki Negara Orang

2
SHARES
perlepasan ke luar negara

Perlepasan ke luar negara boleh menjadi hal yang mendebarkan apabila hendak melalui bahagian imigresen. Hal ini kerana, banyak kes yang berlaku apabila tidak dibenarkan pergi ke negara yang ingin dilawati sewaktu bersoal jawab dengan pegawai imigresen yang bertugas.

Jangan risau! Lapan tips rare yang dikongsikan oleh saudara Saiful Nang ini, mungkin dapat membantu anda melepasi sekatan imigresen dengan mudah tanpa perlu ditahan lama. Jom ingat.

Baca juga: Lelaki Ini Kata Maldives ‘Trip’ Paling Murah Dia Pernah Pergi, Nafi Mahal & Kongsi Tips Berguna!

PERLEPASAN KE LUAR NEGARA

perlepasan ke luar negara

Gambar: Saiful Nang

Kebetulan kerjaya pakcik berkaitan dengan jalan-jalan, maka pakcik kongsikan sedikit panduan bagi mereka yang baru nak mengembara.

Paling potong mood dalam pengembaraan apabila ditahan di perbatasan negara destinasi dengan pelbagai pertanyaan seperti interogasi pesalah narkotik.

Ini semua tips tersembunyi jarang orang cerita. Kalau setakat kena buka topi, buka cermin mata, jangan main telefon semua itu di kaunter pun ada tulis dah.

Pakcik tulis tips di bawah ini yang biasa-biasa orang tak cerita. Percayalah…takkan pakcik nak tipu hari Jumaat ni kan?

Berikut ialah dari pengalaman pakcik ya, kalau kau ada nak tambah, boleh tambah dalam komen. Kalau menarik nanti pakcik editkan masuk dalam hantaran ini.

Baca juga: Kaki ‘Travel’ Kongsi 9 Tips Melancong DIY Ke Negara-Negara Eropah, Serius Lebih Jimat!

TIPS ‘RARE’ LEPAS IMIGRESEN TANPA BANYAK SOAL

1. Ekspresi wajah

Jangan tersenyum atau tersengih dan tak perlu juga buat muka tak suka. Buat muka biasa macam orang tiada perasaan.

Orang yang berniat baik tak akan terhegeh-hegeh nak buat impresi baik kepada pegawai imigresen. Kalau baik-baik, senyum-senyum biasanya “ada makna”. Hadaplah dengan segala persoalan yang bakal ditanya.

2. Jangan jadi peramah

Tak perlu peramah dengan mereka. Pegawai imigresen ada masa yang terhad untuk setiap kedatangan.

Tak perlu tanya mereka dah makan ke belum? Rumah dekat mana? Ada adik perempuan tak? JANGAN.

Dia tanya kita itu tugas dia, kita tak perlu mesra alam sangat dengan penuh keramahan.

3. Buka jaket pasport awal-awal

Buka jaket pasport siap-siap. Mereka ada banyak kerja, setiap orang letak jaket pasport macam nak bungkus bijih timah akan menambah kejengkelan mereka.

Kadang-kadang mereka dah kumpul tekanan dari pagi, masa nak cop pasport anda lah masa itu dia cukup haul untuk bertukar jadi hijau.

Mudahkan kerja mereka kerana mereka perlu leret pasport anda atau tekapkan pada pengimbas. Jaket pasport tolong buka siap-siap.

4. Bagi jawapan pendek dan ringkas

Jawab apa yang ditanya sahaja sependek dan seringkasnya. Soalan biasa ditanya ialah “Mai sini nak buat apa?”, tarik nafas dan jawablah dengan tenang tanpa senyuman “holiday”.

Janganlah bila soalan ringkas “Mai sini buat apa?”, hampa jawab:

“Mai sini cek nak cerita, Senah dan Leha bulan lepas mai sini, dia beli pinggan arcoroc, arkopal, arsenik sini murah. Lepas itu depa mai rumah cek, depa tayang pinggan mangkuk itu, makcik benganglah terus makcik yada yada yada…bla bla bla (2 jam kemudian)…”

Sila ke secondary inspection ye Cik Ramlah.

Baca juga: Bosanlah Asyik Teluk Kemang Je, Rupanya Ada Lagi 21 Pantai Cantik & Pasir Lembut Di Port Dickson!

5. Stail pakaian biar sederhana

Pakai decent. Tak perlu overdress.

Kalau tulis dalam deklarasi ketibaan seorang cikgu, biar nampak macam cikgu. Kalau jadi seorang pembangun konten Yutiup, nampaklah macam budak konten sikit.

Tak perlu tiba-tiba pakai sut lengkap macam nak pergi mesyuarat pengambil alihan bank di London.

Cuma jangan comot macam orang tak ada duit sebab semua orang travel mesti ada duit. Kalau tidak, mereka akan duduk diam-diam sahaja beli beras tempatan 5% hancur.

6. Sediakan dokumen wajib

Siapkan dokumen wajib walaupun mereka tak minta. Tak perlu sampai angkut geran tanah, surat pajak gantung dan surat beranak-anak dan bil elektrik rumah.

Cukup yang wajib ialah seperti:

  • Tiket itinerari pergi balik
  • Cukup duit tunai untuk tinggal selama kita berhajat
  • Ada booking hotel atau penginapan walaupun hari pertama

7. Hindari beritahu mempunyai kenalan di negara yang hendak dilawati

Jika ditanya ada saudara-mara, rakan taulan, sahabat handai di negara yang kita nak masuk, lebih selamat cakap TIADA.

Kalau ada ceritanya panjang, sebab bila ada sedara nanti kebarangkalian nak terlajak menetap adalah lebih tinggi. Mereka pun akan minta detail sedara yang dikatakan tadi untuk pastikan kita bercuti dan balik semula ke negara tanah air kita.

Tak perlu excited sangat nak bagitahu kita ada kawan sebab itu bukan kelebihan malah kekurangan. Kalau cakap tak ada saudara-mara, biasa dia akan cop terus pasport dan ucap “Selamat Datang ke negaro den”.

8. Ucap terima kasih bila selesai semua urusan

Bila dah bagi pasport balik, cakap sahaja “thank you”. Paling panjang pun “thank you, have a nice day”.

Tak perlulah “nanti habis kerja jemput datang rumah yada yada…”. Jalan terus, jangan pandang belakang.

Sekian.

Saiful Nang, Group CEO Rarecation Travel Group.

Baca juga: Terbongkar! ‘Hidden Gems’ Di Setiap 14 Negeri Yang Orang Ramai Belum Habis Teroka

Sumber: Saiful Nang

FT Image: Malaysia Airports / Nadzirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×