Sekinchan yang terletak di Negeri Selangor merupakan pengeluar hasil beras mengikut tan paling tinggi di Malaysia. Maka, tidak hairan sawah padi Sekinchan menjadi tumpuan warga kota yang merindui suasana kampung kerana ia mempunyai bendang dan tali air.
Sekiranya anda berhasrat untuk membuat trip sehari ke Sekinchan dengan aktiviti menarik dan menikmati makanan yang enak sambil dikelilingi bendang saujana mata memandang, perkongsian di bawah ini sangatlah membantu! Bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air.
Baca juga: Berbaloi Baca! Orang Ini Dedah ‘Rahsia’ Bercuti Di Cameron Highlands, Yang Ramai Tersilap
SAWAH PADI SEKINCHAN SAUJANA MATA MEMANDANG
Day trip to Sekinchan! Ya dekat Selangor saja!
CADANGAN AKTIVITI DAN TEMPAT MAKAN TERBAIK
1. Sewa basikal di AMG Bicycle Rental (boleh waze AMG Bicycle Rental)
- Basikal boleh naik solo/duo RM 10 sejam
- Basikal boleh naik 4 orang RM 50 sejam
Kayuh keluar ke jalan besar dan akan terus nampak bendang terbentang luas. Cari tempat ngam untuk berhenti dan boleh terus photoshoot.
Kena bajet masa ya. Ingatkan sejam itu cukup, campur termengah-mengah kayuh basikal dan gambar tak nampak kurus lagi lah, ia ambil masa yang lama sebenarnya.
Naik yang solo/duo lebih baik sebab tak penat sangat. Tapi jika naik basikal berempat dia ada kegembiraan tersendiri sebab anda boleh bergaduh siapa tak kayuh atau siapa kayuh paling laju bla bla.
2. Laman Tebu Aidil
Selain bendang, ladang tebu ini dah macam tempat wajib kalau orang datang Sekinchan kot. Jadi, haruslah ambil gambar. Cuma masa kami datang hari Rabu, kedai ini tutup.
Baca juga: Moh Ler Bercuti Di Pulau Pangkor, Ini 5 Tips Mudah Supaya Boleh Datang Tiap-Tiap Tahun!
CADANGAN MAKANAN
1. Sarapan pagi: Warung Kasuni
Anda kena waze Pasar Awam Pekan Pasir Panjang Sekinchan, kedai dia dekat sebelah pasar ini.
Sini tempat kegemaran orang kampung makan roti sarang burung cicah kari kambing. Ada banyak pilihan menu sarapan lain seperti nasik lemak, lontong, mee goreng bodo.
2. Makan tengah hari: AZR Mentarang Fresh Sekinchan
Tempat ini dah dua kali saya datang. Memang onz. Kalau nak cuba menu ‘rare’ belangkas dan mentarang pun ada.
Paling minat mentarang celup tepung dan pepahat masak lemak cili api. Ada pilihan untuk yang alergik tak boleh makan makanan laut, boleh pilih ikan.
3. Makan malam: Nasi Goreng Melimpah (NGM)
Nasi goreng dia sedap. Portion besar dan recommended untuk berkongsi.
Kalau ramai boleh saja terus ambil set yang RM79.90, ada semua jenis haiwan atas itu. Tapi personal recommendation adalah ayam dan kambing. Kopi ais dia padu.
Mohon banyak-banyak bersabar ya kalau pergi sini waktu puncak, terutamanya waktu hujung minggu atau cuti umum.
Baca juga: Tempat Camping Murah & Lengkap Semua Kemudahan, Harga 1 Malam Tak Sampai RM50 Pun!
TEMPAT MENGINAP
Kalau nak menginap, boleh cuba vila ini. Bagus dan lawa sangat. Villa tepi sawah ini dekat Sekinchan saja. Siap ada kolam renang persendirian lagi.
Jadi kita dah tak perlu susah-susah nak travel jauh-jauh, kita bercuti di destinasi desa yang tenang, simple tapi view cantik. Nanti boleh bawa keluarga ke sini.
- Anjung pool Villa , Jalan Tali air 11 Ban, sekinchan,Selangor
Buat tempahan di sini.
Kredit gambar: Jalan-jalan Cuti Santai – Diyana Mukhayadi
P/s: Tengok gambar terakhir itu, rasa macam nak pergi sekarang saja!
Baca juga: Anak Mesti Teruja Ronda KL Naik Bas 2 Tingkat Tanpa Atap, Ini Panduan Trip Siang & Malam!
Sumber: Tempat Viral Malaysia
FT Image: Jalan-jalan Cuti Santai – Diyana Mukhayadi