Hari ini penulis ingin kongsikan satu resepi yang agak berbeza dan sedang tular di media sosial iaitu sate balut. Menu ini pastinya lebih istimewa kerana daging satey dibalut bersama kulit popia.
Kerangupan kulit popia dan rasa sate berempah membuatkan hidangan ini begitu sempurna untuk dinikmati bersama insan tersayang.
Baca juga: Resepi Agar-Agar Milo Susu Homemade Berlemak, Buat Kecil Macam Ini Anak Pasti Suka
CARA BUAT SATE BALUT SENDIRI DI RUMAH, SENANG JE
Bahan-bahan satey balut:
- Kulit popia
- Sate (ayam, daging atau ikan)
- Tepung gandum
- Air
- Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara penyediaan:
1. Langkah pertama adalah anda boleh bakar sate di atas kuali sehingga masak atau beli di kedai yang sedia untuk dimakan.
2. Kemudian, campurkan tepung gandum dan sedikit air untuk digunakan sebagai ‘gam’.
3. Setelah itu, ambil kulit popia dan balut sate pilihan anda.
4. Letakkan sedikit bancuhan tepung gandum supaya melekat dan sedia untuk digoreng.
5. Pastikan goreng menggunakan api sederhana supaya kulit popia tidak cepat hangit.
Selain mengguna sate sedia ada, anda juga boleh membuat sendiri dengan menggunakan ayam atau daging kisar dan perap seperti cara di bawah:
Bahan-bahan sate popia:
- Daging/ayam kisar
- 1 sudu makan ketumbar – sangai
- 2 sudu makan jintan manis – sangai
- 1 sudu makan jintan putih – sangai
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit
- 3 biji bawang Holland
- 1 labu bawang putih
- 6 batang serai
- 5 keping nise atau gula kabung
- 3 sudu asam jawa tanpa biji
- Gula dan garam secukupnya
- Kulit popia
Cara penyediaan satey popia:
– Campurkan semua bahan di atas dan kisar sehingga lumat.
– Kemudian, letakkan di atas kulit popia dan balut seperti biasa.
– Goreng sehingga masak menggunakan api perlahan.
Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kacang.
Mudah sahaja kan? Menu ini sesuai dihidangkan bila-bila masa. Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Agar-Agar Soya Cincau Lembut ‘Tergedik-Gedik’, Gabungan 2 Bahan Paling Sedap
Sumber: TikTok Roseshop & Facebook Kiran Kiran