Famili

Edry Kecewa Anak Autisme Dimaki Ketika Berada Di Restoran, “Dia Cuma Nak Rasa Hidup Normal”

27
SHARES

Menerusi laman media sosial milik penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim, 48, beliau ada membuat satu luahan di Instagramnya mengenai kekecewaan yang dialami terhadap layanan anak autisme.

Jelasnya, Emery, 17, diberikan layanan tidak sepatutnya ketika berada di salah sebuah restoran yang terletak di ibu negara. Tindakan luar kawalan oleh anak lelakinya itu ternyata tidak diterima oleh orang ramai.

Baca juga: Ada RISIKO Jika Anak Selalu Tidur Lambat Tapi Bangun Cepat, Jangan Biasakan…

EDRY KECEWA ANAK AUTISME TERIMA LAYANAN TAK ELOK DI LUAR

ANAK AUTISME

“Emery anak istimewa saya, dia autistik, non-verbal dan tiada cara komunikasi seperti kita yang sempurna ini. Dia berada di Kuala Lumpur untuk bercuti dan dah dua malam juga kita pergi makan di pusat bandar.

“Apa yang saya nak tekankan dekat sini adalah kadang-kadang tindakan anak istimewa ini dia di luar jangkaan. Dia buat apa dia nak tanpa fikir apa-apa. Dia tak faham konsep kena bayar dan kena order,” luah Edry.

Lebih menyedihkan apabila tindakan luar kawalan oleh anak lelakinya itu membuatkan pekerja di restoran meninggikan suara seolah-olah marah.

“Kejadian ini membuatkan saya trauma kerana kadang-kadang pekerja di kedai dan pelanggan tak faham bahawa orang istimewa ini lain daripada lain. Mereka mula tinggikan suara, marah dan maki-maki anak saya.

“Inilah akan terjadi bila masyarakat kit tak peka dengan orang-orang yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan mental. Sepanjang hidup, mereka perlu lalui hidup yang sebegitu, tapi mereka juga adalah manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan normal,” katanya.

Tambah adik kepada Datuk Norman dan Yusry ini, anak austime juga ingin merasai kehidupan normal seperti orang lain dan tidak salah untuk memberikan layanan baik terhadap diri mereka.

“Orang luar hanya perlu hadap perangai mereka satu atau dua minit sahaja. Ibu bapa seperti kami perlu hadap mereka sepanjang hidup. Jika kalian fikir satu atau dua minit itu susah, boleh bayangkan bagaimana kami menghabiskan sepanjang hayat untuk menghadap mereka,” katanya.

Edry berharap agar masyarakat di luar sana lebih peka dengan golongan istimewa ini dan tidak jadikan keadaan lebih teruk dengan melayani mereka secara agresif, marah atau maki.

Baca juga: Cikgu Kecewa Anak Murid Biarkan Kertas Jawapan Kosong & Bagi Jawapan Tak Masuk Akal

Sumber: Instagram Edry Abdul Halim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×